‘Mak Saya Suka Kutuk Kakak Ipar’

19/05/2017 – Orang selalu berkata jika selepas berkahwin tidak mahu pening kepala tentang keluarga mertua adalah lebih elok berkahwin dengan anak yatim.

Kebanyakan mak mertua atau ipar duai dikatakan suka masuk campur dalam hal rumahtangga pasangan. Mak mertua terlampau mengongkong kehidupan anak, dan ada yang dilihat tidak boleh terima hakikat yang anak mereka sudah berkahwin.

Apa sahaja yang dilakukan menantu semua tidak kena pada mata mak mertua. Mempunyai mak mertua yang suka masuk campur dalam hal rumahtangga juga boleh menyebabkan keretakan rumahtangga anak.

Itulah yang berlaku pada wanita ini disebabkan sikap ibunya yang suka mengkritik menantunya. Anak sudah jarang balik ke rumah kerana mahu menjaga hati isteri yang sering disindir oleh maknya.

“Saya ada 2 abang, 2 kakak dan 1 adik lelaki. Saya baru berkahwin 7 bulan lepas, yang lain tak kawin lagi kecuali abang sulung. Macam ini, saya berkahwin dan duduk sebelah rumah mak mertua dan jarak dalam 1 jam dari rumah keluarga saya. Mak mertua baik saja, keluarga mertua pun semua okay akak ipar, abang ipar semuanya baik.”

“Saya nak cerita pasal mak kandung saya, mak saya suka kutuk kakak ipar iaitu isteri kepada abang sulung saya. Kakak ipar ini jenis lemah lembut cakap pun perlahan tak pernah langsung tengok dia tinggi suara. Mereka tak duduk sekali dengan mak tapi mereka duduk rumah sewa sebab sudah ada anak lelaki seorang 1 tahun lebih.”

“Abang saya kerja jadi isteri dia duduk rumah jaga anak kecik sebab nak hantar mengasuh takut sekarang banyak kes kan. Jadi saya dalam sebulan itu 2 kali balik rumah mak dan setiap kali saya balik saya akan minta abang dan akak ipar balik rumah mak sebab nak main dengan anak mereka.”

“Saya baru keguguran 2 bulan lepas, jadi bila saya balik kami kumpul ramai-ramai tapi saya kesian sebab mak saya selalu kata cucu dia badan kecik, tak macam bayi orang lain gemuk-gemuk. Lepas itu mak saya bising bagi anak pakai baju murah. Baru ini mak saya bawa entah dari mana kotak susu yang harga mahal dalam RM100+ tunjuk kat abang dan kakak ipar kotak susu itu.”

“Dia kata bagi anak minum susu mahal macam ini seminggu RM100 lebih confirm anak gemuk dan pandai cakap serta cepat jalan. Saya tengok kakak ipar first time betah dia kata mak, anak ini ikut otak juga kan kalau bagi minum susu mahal pun kita sendiri kena ajar dia baru dia pandai kan.”

“Saya kesian tengok abang saya, mak saya call kata abang dah lama tak balik bawak cucu. Saya rasa abang saya segan dengan bini dia, itu yang tak balik sebab mak selalu cakap macam-macam. Kereta kecil pun mak selalu kutuk meraka pakai kereta kecil. Tapi sebenarnya mak saya itu hati dia baik, cuma dia suka cakap lepas.”

“Anak-anak susah dia lah orang pertama yang bantu sejak ayah meninggal 10 tahun lepas dan dia lah seorang yang jaga kami. Dalam jahat mulut dia beli macam-macam untuk menantu, anak-anak dan cucu tapi mulut saja.”

“Saya kesian pada kakak ipar dan saya pernah kata, jaga mulut mak sebab saya baru gugur. Tolong kalian bantu saya macam mana nak nasihat mak saya dengan cara yang baik tanpa sakitkan hati dia. Sebab orang tua ni makin tua makin cepat terasa,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *