Masih Laku, Berlakon Sekadar Suka-Suka Sahaja – Zaquan Adha

Bintang bola sepak popular Zaquan Adha menegaskan pembabitannya dalam dunia lakonan bukan kerana beralih arah dari bidang sukan.

Zaquan, 29, sekadar menerima tawaran demi memenuhi tuntutan sebagai duta sebuah iklan komersial.

“Ada yang tanya sudah tak laku lagi ker main bola?

“Jawab saya bola sepak masih menjadi keutamaan sebab saya tahu saya tidak berbakat untuk menjadi pelakon.

“Cuma kalau setakat berlakon iklan bolehlah sikit-sikit sebab babak tak banyak. Hendak berlakon serius itu tidaklah,” katanya yang menolak beberapa tawaran berlakon sebelum ini.

Suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu dipilih menjadi duta untuk kempen Terima Kasih TV3 & TV9 sempena program ramadan tahun ini.

Beberapa hari lalu, sepotong video tular di media sosial yang memaparkan lakonan Zaquan di samping Elfira Loy.

Bagaimanapun, teaser itu hanya promosi kempen Ramadan Raya stesen televisyen tersebut.

Pemain pasukan Perak itu menyangkal dakwaan menolak tawaran berlakon disebabkan enggan terbabit dengan kontroversi dan gosip liar.

“Tak berlakon pun ada gosip. Bagi saya kalau pandai bawa diri, segala gosip boleh dikendalikan dengan baik,” jelasnya. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *