Mesin layan diri jual kereta mewah di Singapura

SINGAPURA: Peminat kereta mewah, Bentley, Ferrari juga Lamborghini, boleh membeli kereta idaman mereka di mesin layan diri tidak lama lagi.

Penjual kereta terpakai, Autobahn Motors, membuka ruang pameran futuristik setinggi 15 tingkat menjelang Disember ini, yang mempamerkan kenderaan dalam 60 slot, digelar ‘mesin layan diri kereta terbesar dunia.’

Pelanggan boleh memilih kereta idaman mereka menerusi paparan skrin sesentuh, yang kemudiannya dihantar kepada pelanggan hanya dalam tempoh dua minit.

Pengurus Besar Autobahn Motors, Gary Hong, berkata, kaedah mesin layan diri itu bertujuan menangani masalah ruang terhad, selain memaparkan kreativiti dalam persaingan dan pemasaran. – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *