Militan Boko Haram rancang culik Warga Asing

ABUJA: Amerika Syarikat dan Britain memberi amaran militan Boko Haram secara aktif merancang menculik warga asing di timur laut Nigeria.

Amaran kerajaan Britain menyatakan mereka menyasarkan pekerja Barat di kawasan Bama di negeri Borno, berhampiran sempadan Cameroon.

Boko Haram berjaya diusir dari kubu kuat mereka oleh tentera tetapi terus menguasai beberapa bahagian di timur laut negara itu.

Ia memberi cabaran hebat kepada usaha kumpulan bantuan menangani krisis kebuluran yang dikatakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebabkan 4.7 juta penduduk amat memerlukan bantuan makanan.

Nigeria adalah sebahagian daripada apa yang disifatkan PBB sebagai krisis kemanusiaan terbesar dunia sejak badan dunia itu diasaskan pada 1945.

Program Makanan Sedunia memberi amaran mengenai keputusan bantuan jika lebih banyak bantuan tidak tiba. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *