Mini Showcase Siti Nordiana Bakal Diadakan Di Atas Kapal Mewah

Penyanyi Siti Nordiana Alias bakal mengadakan showcase mini di atas kapal persiaran mewah pada Ogos ini.

Wanita yang mesra dengan panggilan Nana itu bakal terlibat dalam program Showcase Pelayaran Sambil Menderma bersama Siti Nordiana anjuran ZSM Mabrur Travel and Tours.

“Insya-Allah, saya bakal mengadakan showcase pada Ogos nanti. Saya bakal menyanyikan enam buah lagu dan saya juga mungkin berduet bersama peminat bertuah.

“Saya sangat teruja kerana acara ini bakal menjadi pengalaman pertama saya mengadakan showcase di atas kapal persiaran mewah,” kata Nana kepada Astro Gempak.

Selain berhibur, acara ini juga menjadi landasan untuk merapatkan ukhwah antara peminat dan juga beramal.

“Program ini dapat merapatkan hubungan saya bersama peminat. Saya menantikan peluang ini kerana saya dapat mengeratkan lagi silaturrahim bersama mereka yang selama ini menyokong saya.

“Selain berhibur, peminat yang menyertai program ini juga dapat beramal. Pihak penganjur akan membantu untuk mengumpul dana bagi Persatuan Kebajikan Al-Fikrah,” katanya lagi.

Harga tiket Showcase Pelayaran Sambil Menderma bersama Siti Nordiana bermula dengan harga RM599 seorang. Layari www.ilassotickets.com untuk urusan pembelian.

Untuk sebarang pertanyaan atau informasi lanjut mengenai Showcase Pelayaran Sambil Menderma bersama Siti Nordiana, hubungi 03-87406426. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *