Nelayan Di Gertak Sanggul Semakin Tertindas Di Kampung Sendiri

09/05/17 – Nasib para nelayan di kawasan Gertak Sanggul kini bagaikan telur di hujung tanduk, apabila kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini berada di bawah kepimpinan DAP berhasrat mahu menambak laut di sekitar persisiran kawasan selatan negeri itu.

Anggota Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kehidupan nelayan di Gertak Sanggul terus ditindas oleh golongan kejam DAP kerana mereka mahu merampas sumber pendapatan dan punca rezeki penduduk disitu.

Menurutnya, kawasan tersebut sangat terkenal dengan kekayaan hasil laut seperti siput, udang dan ikan. Bukan itu sahaja, kawasan tersebut juga terlindung daripada musim tengkujuh. Perkara tersebut membuatkan nelayan di kawasan tersebut boleh mencari rezeki dan menjana pendapatan mereka sepanjang tahun tanpa sebarang halangan.

Namun keistimewaan tersebut mahu dirampas oleh DAP apabila kerajaan Pulau Pinang menyatakan mahu menambak kawasan tersebut. Cadangan itu ternyata mendapat bantahan dan tentangan hebat daripada nelayan kawasan itu.

Kawasan tersebut sangat terkenal dengan aktiviti mencari siput dimana turut mendapat perhatian golongan kanak-kanak untuk belajar mencari siput. Bukan itu sahaja, difahamkan bahawa penduduk di sekitar kawasan itu mampu untuk menjana pendapatan dan memperolehi hasil kutipan sebanyak 10 kilogram siput sehari dan kemudiannya dijual di restoran dengan harga RM30 untuk sekilogram siput.

Lepas ni kalau DAP teruskan cadangan mereka untuk menambak laut, pastinya aktiviti mengutip siput tidak lagi dapat dijalankan. Episod demi episod penambakan laut ini nampaknya semakin digerami DAP, dan pastinya akan lebih banyak persisiran laut yang akan ditambak oleh kerajaan DAP.

Tindakan DAP tersebut jelas ternyata bahawa selama ini DAP langsung tidak mempedulikan tentang kebajikan rakyat. Penindasan demi penindasan terus dilakukan tanpa rasa belas kasihan dan bersalah.

Hakikatnya penduduk di Gertak Sanggul ditindas dengan kejamnya di perkampungan mereka sendiri. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *