Oppo Akan Tamatkan Pengeluaran Telefon Mereka Edisi Siri Find Dan N

Oppo mendominasi pasaran telefon pintar di China tahun lalu peranti siri R mereka. Jualan amat memberangsangkan dengan peningkatan jualan mencapai tiga angka di beberapa pasaran dunia.

Tetapi sekiranya anda ingat Oppo memasuki pasaran Malaysia dengan N1 dan Find 7 (yang berkongsi spesifikasi dengan OnePlus 1).

Ura-ura dari China kini mengatakan Oppo akan menghentikan pengeluaran peranti siri Find dan N. Sambutan ke atas siri R dan F yang kini dikenali ramai menjurus kepada keputusan mereka ini.

Sekiranya ura-ura ini adalah benar ia tidaklah mengejutkan.

Kali terakhir peranti siri Find dihasilkan ialah Find 7 pada tahun 2014. Bagi siri N pula ialah N3 juga pada tahun 2014..

Peranti utama keluaran Oppo berkemungkinan besar akan di bawah siri R dengan R11 yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *