Orang Ramai perlu berhati-hati dengan emel palsu dari TNB

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) meminta orang ramai berhati-hati dengan emel palsu yang mendakwa penerima mesej dari entiti itu akan menerima wang tunai sebanyak RM150,000.

Syarikat utiliti itu berkata, emel yang sama itu telah berlaku sejak tahun 2015 yang disebarkan oleh pihak yang tidak dikenali bertujuan mencuri maklumat peribadi.

Sehubungan itu, TNB menggesa orang ramai tidak memberi maklum balas terhadap emel berkenaan dan mendedahkan data peribadi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebarang maklumat, orang ramai boleh menghubungi TNB Careline di talian 1 300 88 5454.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *