PAN Ibarat ‘Circling Vultures’

Oleh Lim Sian See

Ia agak menjijikkan untuk melihat semua pemimpin PAN termasuk Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Khalid Samad, Dzulkefly Ahmad dan juga Naib Ketua Pemuda Shazni Munir semuanya memprovokasi dan mendesak PAS untuk meletakkan jawatan sebagai EXCO Selangor supaya ADUN PAN (yang mana kerusi mereka adalah yang dicuri dari PAS) boleh mengambil alih.

Malah pemimpin PAN Mahfuz Omar juga turut menggesa parti sendiri untuk meletakkan jawatan sebagai EXCO.

Lebih melucukan lagi adalah bahawa orang-orang PAN mengatakan sebab mengapa PAS perlu meletakkan jawatan sebagai EXCO Selangor adalah PAS mesti mempunyai prinsip.

Pelik bahawa apabila anda semua mencuri kerusi-kerusi yang anda menang di bawah PAS dan meninggalkan parti itu, tiada seorang pun daripada anda semua yang meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN berdasarkan prinsip yang sama?

Orang-orang PAN ini mengingatkan saya kepada ‘circling vultures’.

Baru beberapa bulan sebagai EXCO, anda sudah syiok ah?

Anda semua sebenarnya begitu gila kuasa, betulkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *