Parti Cap Bunga Hanya Bermimpi Untuk Bertanding 10 Kerusi Di Pulau Pinang

17/05/17 – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya bermimpi di siang hari untuk bertanding 10 kerusi di Pulau Pinang. Korang rasa kerajaan DAP Pulau Pinang nak bagi dengan mudah ke PPBM untuk bertanding di kerusi target mereka?? Hah! jawapannya tidak!

PPBM Pulau Pinang menyatakan hasrat mereka untuk bertanding di 10 kerusi DUN UMNO pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kerusi tersebut termasuklah 3 kerusi Parlimen yang diumumkan sebelum ini.

Pengerusi PPBM Pulau Pinang, Marzuki Yahya berkata, begitulah angan-angan yang mahu dicapai parti cap bunga di negeri tersebut. Tapi itu semua hanya impian semata-mata sebab pada akhirnya, dorang terpaksa menyerahkan segala pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum yang akan datng kepada majlis presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan.

Kononnya dorang ni yakin dapat mencabar semua 10 kerusi DUN milik UMNO, dah cukup sokongan ke nak lawan UMNO?? Kerusi UMNO pulak tu, macam nak tempah kekalahan je Gomez tengok.

Tidak cukup dengan itu, parti cap bunga juga ada permintaan istimewa di mana mereka mengharapkan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 kerusi negeri. Parti cap bunga itu dengan yakinnya mendakwa, kononnya dorang akan dapat menembusi kawasan luar bandar dan kubu kuat tradisi UMNO.

Parti cap bunga itu juga mendakwa dorang sudah bersedia untuk berhadapan dengan pertandingan 3 penjuru di semua kerusi. Gomez sarankan parti cap bunga juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa DAP Pulau Pinang tidak akan semudahnya memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding di kawasan dorang.

Marzuki ni yakin sangat yang parti cap bunga mampu bertanding di 10 kerusi di Pulau Pinang dan menang, kerana beranggapan bahawa parti cap bunga sudah mula diterima dan kononnya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Takpela, sama-sama kita nantikan drama terbaru yang bakal dilakonkan oleh DAP, nak tengok sama ada DAP benar-benar beri peluang kepada parti cap bunga untuk bertanding seperti yang dijanjikan dahulu atau hanya sekadar omong kosong semata-mata. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *