Pegawai Nuklear menang pertandingan Ratu Cantik Amerika 2017

LAS VEGAS: Ahli kimia, Kara McCullough, 25 yang mewakili District of Columbia dinobat sebagai Ratu Cantik Amerika 2017 dalam pertandingan penuh berprestij itu di Pusat Konvensyen Teluk Mandalay, di sini.

Kemenangan dua tahun berturut-turut wakil dari District of Columbia itu sekali gus melayakkan McCullough yang kini bertugas di Suruhanjaya Peraturan Nuklear AS untuk mewakili AS ke pertandingan Ratu Cantik Universe.

Naib juara disandang pelajar pengajian pemasaran dan Sepanyol, Universiti Rutgers New Jersey, Chhavi Verg, manakala tempat ketiga, Meridith Gould dari Minnesota, yang sedang menuntut dalam jurusan barangan pakaian runcit di Universiti Minnesota.

Seramai 51 peserta dari setiap negeri dan ibu negara menyertai pertandingan yang diadakan sejak berdekad lama itu.

McCullough dilahirkan di Naples, Itali dan dibesarkan di Virginia Beach, Virginia.

Tahun lalu, seorang pemastautin District of Columbia, Deshauna Barber menjadi anggota tentera pertama pernah dinobat sebagai Ratu Cantik Amerika. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *