Peminat Berharap Lindsay Lohan Turut Sama Berpuasa

Pelakon Hollywood, Lindsay Lohan telah menimbulkan tanda tanya para peminatnya selepas memuatnaik ucapan #happyramadan di akaun Instagram (IG), semalam (Ahad).

Entri tersebut telah menerima 4,550 komen dan 156 ribu ‘likes’.

Rata-rata pengikut IG Lindsay berharap agar pelakon itu dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini dan tabah menghadapi dugaan yang diterima.

“Terima Kasih Lindsay Lohan diatas ucapan selamat menyambut Ramadan. Mudah-mudahan kamu juga sedang menjalani ibadah puasa juga di sana,” antara komen mereka menerusi ruangan komen.

Terdahulu, Lindsay mengaku pernah berpuasa selama tiga hari pada Ramadan tahun lalu menerusi satu temubual di Kuwait.

“Saya pernah cuba untuk berpuasa selama tiga hari bersama rakan saya dari Kuwait, ia sangat sukar tapi perasaannya sangat bagus.

“Dari situ juga saya sudah mula belajar solat dan membaca Al-Quran,” katanya kepada Hos Shoaib Rashid. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *