Penganjuran Piala Dunia 2030 mungkin akan diadakan di Korea Utara

SEOUL – Korea Utara mungkin menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2030 menerusi penganjuran bersama dengan Korea Selatan, China dan Jepun.

Presiden Persatuan Bolasepak Korea Selatan, Chung Mong-gyu berkata, beliau percaya penganjuran secara bersama itu dapat dilaksanakan walaupun hubungan antara negaranya dengan Korea Utara tegang.

Laporan akhbar berbahasa Inggeris, The Korea Herald tidak dibincangkan namun pemimpin persatuan bola sepak di Asia berminat menyelitkan negara komunis itu dalam rancangan mereka.

“Jika Korea Utara, Korea Selatan, China dan Jepun mengadakan perbincangan, saya berpendapat kami mempunyai peluang baik menganjurkan Piala Dunia FIFA 2030 secara bersama,” katanya kepada pemberita.

Chung baru sahaja memenangi jawatan dalam majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menjadikan warga Korea Selatan pertama berada dalam lembaga pengarah persekutuan itu sejak 2001, dan ia dilihat menjadi penentu kepada keputusan penting.

Beliau menambah, Presiden FIFA, Gianni Infantino sangat berminat melihat empat negara menganjurkan kejohanan yang besar itu tetapi Korea Utara akan menyertaan bidaan apabila ketiga-tiga negara terbabit bersetuju.

“Jika Korea Selatan, China dan Jepun memutuskan untuk menganjur Piala Dunia, adalah menarik kepada yang lain dari segi kewangan.

“Kami mempunyai pasaran bola sepak yang sangat menarik,” kata Mong-gyu.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dikatakan penyokong tegar Serie A (Liga Itali) kesan daripada penyertaan pemain profesional negara itu yang berusia 18 tahun yang kini beraksi untuk Cagliari.

Pyongyang mempunyai sebuah stadium bola sepak yang mampu menampung 114,000 penonton namun pasukan kebangsaan Korea Utara yang kini berada pada kedudukan ke-116 dunia bergelut di arena antarabangsa.

Korea Utara layak ke Piala Dunia sebanyak dua kali, iaitu pada edisi 1966 dan 2010. Pasukan itu menghuni di tangga tercorot kumpulan apabila kalah kesemua tiga perlawanan di Afrika Selatan tujuh tahun lalu dengan kewas 1-2 kepada Brazil, kecundangan 0-7 di tangan Portugal dan tumpas 0-3 kepada Ivory Coast.

Korea Utara juga gagal mencatatkan kemenangan dan berada di tempat terakhir saingan kumpulan pada Piala Asia 2015 yang berlangsung di Australia, kalah 0-1 kepada Uzbekistan di Sydney, tewas 1-4 di tangan Arab Saudi di Melbourne dan kecundang 1-2 kepada China di Canberra.

Negara itu gagal ke Piala Dunia di Rusia pada tahun depan berikutan tersingkir lebih awal dalam pusingan kelayakan Asia.

Selain daripada bidaan Piala Dunia, kini Korea Utara mungkin lebih sibuk dengan ujian peluru berpandnya selain mengancam dunia dengan peperangan nuklear.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *