Pengedar Dadah Cuba Serang Polis Dengan Pedang Samurai Cedera Ditembak

TAWAU – Seorang suspek pengedar dadah hampir maut akibat ditembak polis selepas bertindak menyerang anggota polis dengan menggunakan sebilah pedang samurai.

Kejadian berlaku di Hulu Tingkayu, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus yang mengesahkan kejadian berkata dalam kejadian pukul 10 pagi itu, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan apabila suspek bertindak menyerang anggota polis.

Susulan itu, suspek terkena tembakan di bahagian rusuk kanan, lutut kiri dan tangan kanan.

Fadil memberitahu, polis yang bertindak atas maklumat sebelum itu membuat serbuan terhadap suspek bersama seorang lagi rakannya yang sedang menunggang motosikal.

Rakan suspek bagaimanapun meloloskan diri.

Susulan itu, polis merampas bahan berhablur disyaki dadah dan sebilah pedang samurai.

Kes kini disiasat mengikut seksyen 307 Kanun Keseksaan. – aw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *