Pengundi Permatang Pasir Desak Salleh Man Jelaskan Status Partinya

17/05/17 – Status parti pemimpin PAS, Salleh Man masih lagi menjadi tanda tanya dan persoalan bagi pengundi-pengundi di Permatang Pasir. Masakan tidak, kedudukannya di Permatang Pasir dimenanginya atas tiket PAS ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Pada tahun 2015 pula, PAS mengumumkan putus hubungan tahaluf siyasi dengan DAP, namun begitu Salleh masih lagi kekal sebagai ADUN dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sedangkan kesemua anggota PAS yang lain seperti dalam agensi atau badan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan termasuk sebagai anggota JKKKN atau Ahli Majlis PBT pada masa itu telah meletakkan jawatan secara sukarela dan ada juga diantara mereka yang dipecat oleh Tokong Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Walaupun Pulau Pinang kini dinobatkan sebagai kerajaan tanpa PAS oleh puak cauvinis DAP, tetapi menghairankan kenapa Salleh masih boleh bertahan dalam kerajaan DAP? Tidak cukup dengan itu, kedudukan parti beliau juga dipertikaikan kerana dilihat lebih cenderung kepada Parti Amanah Negara (PAN).

Ditambah pula apabila beliau dikekalkan sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang, dan Pengerusi Zakat Pulau Pinang. Rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena! Salleh juga acap kali dilihat berada sepentas dengan Pakatan Harapan, adakah kini beliau adalah ahli PAN?

Persoalan yang sama timbul kembali dan hangat diperkatakan, apabila Salleh masih tetap memegang semua jawatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak 2013 walaupun setelah PAS memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR pula.

Pelik sungguh, apa status parti Salleh yang sebenarnya?? PAS atau PAN?? Guan Eng pula masih lagi berdiam diri dan hanya mampu menabur janji akan membuat kenyataan berhubung kedudukan Salleh dalam Kerajaan Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Adakah Guan Eng mahu menyimpan Salleh kerana mahu mempergunakannya dalam urusan berkaitan agama Islam? Adakah Guan Eng mahu masuk campur dalam urusan agama Islam melalui Salleh? Jadi sebab tu Guan Eng tak pecat hamba Pakatan Harapan tu.

Salleh sepatutnya tampil menjernihkan keadaan yang sangat keroh ini dan memperjelaskan mengenai status partinya yang sebenar kepada pengundi di Permatang Pasir dan juga seluruh rakyat, adakah dia masih ahli PAS atau pun sebaliknya? – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *