Penyokong Pakatan Dakwa Homoseksual Dibenarkan Dalam Islam

16/05/17 – Bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Afiq Mohamad Noor mendakwa bahawa homoseksual sebenarnya dibenarkan dalam Islam dan dalam Al-Quran juga tidak menyebut secara spesifik tentang pengharamannya.

Aduhaaiiiii… Mental dah sorang penyokong Pakatan Pembangkang ni, apa agaknya yang dia fikirkan?? Inilah yang akan berlaku bagi individu yang kurang pendidikan agama dan hanya membuat penilaian melalui logik akal dan fahaman semata-mata tanpa ada rujukan lengkap.

Afiq mendakwa bahawa ulama di Malaysia bersikap berat sebelah apabila mengeluarkan hukum mengenai perbuatan LGBT dan hanya merujuk kepada kisah kaum Nabi Lut di dalam Al-Quran.

Menurutnya, kisah Nabi Lut ini kesemua kaumnya telah dilaknat kerana perbuatan mereka dan bukannya atas kesalahan homoseksual. Iyeke? Habis tu kenapa dalam Al-Quran ada menyebut Allah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki?

Itu baru yang menyerupai, tak sebut lagi pasal yang tukar jantina dan sebagainya. Apa yang anehnya, boleh pulak si Afiq ni membandingkan kisah Nabi Lut dengan kisah kaum Nabi Salleh yang diazab kerana membunuh seekor unta betina.

Katanya kenapa hukum membunuh unta tidak dipertikaikan dan hanya LGBT sahaja yang diharamkan dalam Islam. Aduiii, mungkin Afiq ni tak boleh bezakan antara membunuh unta dan korban unta kot.

Bagi Afiq, homoseksual tidak sepatutnya diharamkan dan tidak bercanggah dalam Islam kerana besar kemungkinan ada pendapat lain yang membenarkan perbuatan tersebut. Masyaallah! Boleh terpesong akidah si Afiq ni.

Sementara itu, Afiq turut memetik satu potong hadis bagi menyokong hujahnya, dari Anas bin Malik yang berbunyi,

“Dari Anas bin Malik RA, bahwa seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW, maka seorang lelaki (lain) melintasinya, dan ia berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai orang ini.” Maka Nabi SAW bertanya, “Apakah kamu telah memberitahukannya?’” Ia menjawab, “Belum”, lalu beliau bersabda, “Beritahukanlah kepadanya. ” (Perawi) berkata, “Maka orang (yang di sisi Nabi SAW) itu mengejarnya, seraya berkata, “Aku mencintaimu kerana Allah.” Orang itu menjawab, “Semoga yang kerana-Nya kamu mencintaiku akan mencintaimu.”

Hurmmm… Mungkin Afiq ni tak faham. Suka dan sayang tak semestinya mencintai, perasaan tu ada banyak, mungkin perasaan sayang sebagai ahli keluarga atau sahabat jadi ianya tidaklah haram. Kalau suka yang memang jatuh cinta pada lelaki tu haaa, memang haram la.

Aduhaiii, ini la yang bakal terjadi jika orang Islam yang cetek agama bergaul pula dengan geng pakatan pembangkang yang dimonopoli oleh golongan Kristian yang tak tahu pasal Islam tapi suka buat pandai dan konon tahu kesemuanya.

Islam tidak boleh difikirkan menggunakan logik akal sahaja, Kita ada rujukan kita iaitu Al-Quran dan Hadis. Jadi kalau nak cakap pasal hukum hakam ni, lebih baik kaji bagi habis dulu dan jangan nak pandai-pandai menghalalkan apa yang diharamkan. – TiraGomez/UtaraNews.com