Penyokong PAS Mahu Adun Pakatan Yang Lompat Parti Letakkan Jawatan

18/05/2017 – Melompat parti adalah tindakan mana-mana individu yang tidak berpuas hati dengan parti yang disertai sama ada disebabkan oleh kepentingan peribadi yang terhalang ataupun juga ketidakpuashati dengan agenda-agenda atau pemimpin parti yang didokong.

Susulan putus hubungan politik diantara PAS dan PKR, Pakatan Harapan ketika ini sibuk menggesa tiga Exco PAS Selangor meletakkan jawatan.

Ini dapat dilihat apabila Setiausaha Agung DAP yang juga merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini menggesa tiga Exco berkenaan meletakkan jawatan sekiranya mereka bermaruah, begitu juga Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

“Tindakan PAS ini tidak betul. Sudah cerai, cerai lah. Buat apa mahu duduk sama lagi? Saya sokong tindakan Azmin, mereka perlu letak jawatan,” kata Guan Eng.

Saifuddin pula menyelar tindakan mereka dengan memetik kata-kata Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tindakan mereka (yang mengekalkan jawatan exco) adalah tidak bermoral dan tidak bermaruah kerana mereka telah memutuskan hubungan politik dengan PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah,” – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya mewakili DAP dan PKR yang bergabung dengan Parti Amanah Negara (PAN) yang pula terdiri dari beberapa orang MP dan ADUN yang lompat macam Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

Bagaimanapun tindakan wakil pakatan ini dibidas penyokong PAS. Penyokong PAS mahu Adun Pakatan yang lompat parti juga perlu meletakkan jawatan.

“Mereka begitu hebat bercakap pasal maruah dan pasal kebiasaan kepada orang-orang yang memutuskan hubungan. Mat Sabu presiden parti lompat pun bercakap dengan nada yang sama.

“Tapi kenapa mereka semua membisu bila tiba kepada hubungan yang mereka jalin dalam PH menerusi hubungan yang diputuskan oleh MP/ADUN pelompat parti? Apa pelompat parti sebegini tak perlu letak jawatan untuk menjaga maruah mereka?

“Jika PAS perlu letak jawatan Exco, maka MP/ADUN PAN yang lompat dari PAS juga perlu letak jawatan. Itu baru bermaruah dan baru amalan biasa kepada sesiapa yang memutuskan hubungan,” kata penyokong PAS.

Dari sudut yang lain, keputusan Pilihan Raya Umum (PRU 13) adalah mandat yang diberikan rakyat kepada parti yang bertanding di PRU itu.

PAN tidak bertanding dan tidak pernah mendapat mandat untuk memerintah serta yang bertanding ketika itu ialah PR dan kemenangan yang dicapai di Kelantan, Penang dan Selangor adalah kemenangan PR dan mandat yang diperolehi ialah mandat PR.

Meskipun PR sudah tiada, tetapi untuk 3 negeri ini, mandat yang diperolehi masih lagi berjalan. Sekiranya mana-mana pihak tidak mahu menerima mandat ini, maka DUN perlu dibubarkan dan mandat baru mesti diperolehi menerusi pilihanraya baru.

“Tetapi hal ini tidak berlaku di Penang, DAP bertindak seolah-olah mandat itu milik mereka sepenuhnya, mereka menyingkirkan PAS dan menggantikannya dengan parti lompat tikam PAN tanpa mandat yang sah. Inikah yang dikatakan kerajaan bermaruah oleh LGE?

“Begitu jugalah di Selangor, kalau nak PAS tinggalkan kerajaan, PKR dan DAP tiada pilihan selain bubarkan DUN dan pilihanraya baru perlu diadakan dan mandat baru perlu diperolehi. Itu baru bermaruah!

“Tapi ini tak, melaung-laung minta PAS letak jawatan Exco tapi dengan selamba bergabung dengan parti lompat tikam, mana maruahnya?,” tempelak penyokong PAS. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *