Penzina di Teheran dihukum 74 kali sebat dan 2 tahun kerja mandikan mayat.

Teheran: Sebuah mahkamah di sini, menjatuhkan hukuman 74 sebatan dan dua tahun memandikan mayat di sebuah rumah mayat ke atas seorang suri rumah.

Wanita berusia 35 tahun itu dihukum demikian selepas didapati bersalah atas tuduhan berzina.

Dia mulanya menafikan tuduhan berkenaan tetapi akhirnya mengaku bersalah selepas pendakwa raya menunjukkan bukti.

Undang-Undang Iran menetapkan berzina sebagai antara jenayah serius.

Sebelum ini, mereka yang didapati bersalah terhadap tuduhan itu dihukum rejam sampai mati.

Bagaimanapun, sejak 2013, Iran meminda undang-undang berkenaan.

Hakim kini dibenarkan mengenakan hukuman berbeza, yang mereka fikir sesuai. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *