Perbezaan Unik Diantara Tubuh Lelaki Dan Wanita

Secara fitrah kejadian, wanita memang sangat berbeza dengan lelaki. Selain, perbezaan dari segi karakter, lelaki dan perempuan juga mempunyai perbezaan dari sudut lain.

Apa yang membezakan di antara dunia lelaki dan wanita ini?

Mata

Dalam sebuah tulisan Allan dan Barbara Pearce yang berjudul Why Men Do Align Leftn’t Listen and Women Cant Read Maps, ada sedikit perbezaan antara mata wanita dan lelaki.

Pandangan wanita diketahui lebih melebar sedangkan pandangan lelaki lebih tajam. Selain itu lelaki boleh melihat di dalam keadaan gelap, sementara mata wanita mampu melihat lebih luas.

Inilah salah satu alasan kenapa wanita lebih mudah mencari barang hilang dibanding lelaki, ini kerana mata mereka boleh memproses lebih banyak gambar dalam satu waktu dibandingkan lelaki.

Lemak

Lemak yang terkandung pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza. Wanita mempunyai lebih banyak lemak di tubuhnya berbanding lelaki. Lemak yang terkandung pada tubuh wanita sekitar 27 peratus, sedangkan pada lelaki hanya 16 peratus dari seluruh tubuh.

Otot

Umumnya, manusia terdiri dari 650 otot. Namun otot wanita hanya terdiri dari 35 peratus dari tubuh, sedangkan lelaki pula ototnya memenuhi 45 peratus di tubuhnya. Perbezaan jumlah otot wanita dan lelaki itulah yang menyebabkan lelaki mempunyai tubuh badan yang lebih kuat dari wanita.

Tulang

Selain otot dan lemak, tulang wanita dan lelaki juga memiliki perbezaan walau hanya 1 peratus. 15 peratus dari tubuh lelaki adalah tulang, sedangkan wanita 14 peratus.

Kulit

Wanita menyimpan lemak ekstra pada payudara, pinggul, dan di bawah lapisan kulit mereka. Hal inilah yang membuat kulit wanita lebih lembut dibanding lelaki. Selain itu sejak dahulu lagi, wanita cenderung memiliki kulit, rambut dan mata berwarna cerah dibanding lelaki.

Bentuk muka

Hormon seksual mengendalikan perbezaan bentuk wajah lelaki dan wanita. Oleh itu, makin besar kadar testosteron lelaki, makin nampak alis, tulang pipi, dan garis rahangnya. Sementara itu, semakin besar kadar estrogen wanita, makin lebar wajahnya, bibir penuh, dan alis yang makin tinggi.

Rambut

Pakar kesihatan, Dr I Gusti Nyoman Darmaputra, SpKK mengatakan bahawa rambut tubuh pada lelaki dan wanita memiliki perbezaan terutama dalam hal tekstur dan pertumbuhan. Tekstur rambut lelaki cenderung lebih tebal sehingga terlihat jauh lebih lebat, misalnya seperti di ketiak.

Selain itu perbezaan pertumbuhan juga mempengaruhi lokasi yang ditumbuhi bulu. Bulu-bulu di kumis dan janggut misalnya, hanya pada lelaki dan tidak pada wanita.

Paru-paru

Untuk bagian paru-paru, wanita diketahui memiliki kapasitas lebih kecil 30 peratus daripada lelaki.

Otak

Otak lelaki berada di depan dan belakang sisi otak yang sama, sedangkan pada otak wanita, sambungan itu berada di sisi di antara belahan otak kanan dan kiri.

Selain itu otak lelaki mengandungi lebih banyak gray matter, sedangkan otak wanita lebih banyak mengandung white matter. White matter meningkatkan kecepatan gelombang semua isyarat syaraf, yang memungkinkan wanita untuk memproses fikiran lebih cepat daripada lelaki. – ac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *