Perkahwinan 20 Tahun Hancur Kerana ‘Orang Ketiga’

19/05/2017 – Tidak salah untuk mencintai manusia tetapi jangan meletakkan rasa cinta melebih segalanya. Kesilapan manusia adalah meletakkan manusia nombor satu di hati mereka. Janganlah berharap pada manusia tetapi berharaplah pada Allah.

Letakkan Allah nombor satu dalam hidup kita, mengadu dan berceritakan semua hanya pada Allah dan jaga hubungan dengan Allah. Pasti hubungan kita di dunia juga akan terjaga jika dalam rumahtangga kita sentiasa menjaga hubungan dengan Allah.

Apabila kita terlalu mencintai manusia melebihi segala perkara jahat yang dilakukan oleh mereka, kita tetap terima walaupun pedih kerana takut kehilangan. Itulah yang berlaku pada wanita ini kerana terlalu mencintai suami dan meletakkan suami nombor satu dalam hatinya melebihi segalanya dia sanggup mempertahankan rumahtangga hampir 20 tahun walaupun suaminya sudah beberapa kali curang padanya.

“Andai saya di beri satu permintaan saya nak minta supaya saya tak punya perasaan kasih pada seorang suami. Ya, suami yang membuatkan saya hilang kewarasan diri, suami yang buat saya hilang ketenangan dan kebahagian. Suami itu hanya sebuah perkataan, saya bayangkan seorang suami yang baik yang menghormati, mencintai dan melihat kehadiran saya bukan anggap saya ini seperti tunggul.”

“Hampir 20 tahun perkahwinan kami kini kerana “orang ketiga” ibarat retak menanti belah. Tidak sempurna kah aku sebagai seorang isteri? 20 tahun perkahwinan ini hati saya remuk kerana di khianati, di curangi dan berulang kali sehingga saat status ini di tulis saya yakin dia masih bersama “orang ketiga”.”

“Apa kekurangan saya? Nak makan saya hidangkan, bila tak sedap saya di marah di herdik, bila masak kata saya suka membazir dan tak di sentuhnya masakan saya, sanggup dia makan di kedai makan sambil lepak bersama geng motor dia sampai subuh baru balik ke rumah.”

“Musim perayaan tak pernah sekali pun beraya bersama keluarga saya, setiap tahun hanya balik kampung dia saja. Sehingga setiap pagi syawal atau aidiladha saya akan menangis merindui keluarga di kampung, sebelum kematian arwah ayah ramadhan yang lalu. Ayahanda satu-satunya lelaki yang ikhlas menyayangi saya, tak pernah sekalipun menyakiti hati saya di manja dan ditatang saya ibarat minyak yang penuh.”

“Ayahlah yang paling mengambil berat tentang saya, setiap kali saya menangis arwah ayah akan lap airmata saya, katanya “jangan di bazir airmata anak abah terlalu berharga”. Kini saya menangis tak pernah sekalipun suami pujuk, malah saya pula yang memohon maaf sedangkan salah suami. Ketika dia kantoi curang keluar berdua-duan dengan perempuan lain ketika saya masih pantang, curang sekali lagi bersama bibik indonesia adik saya.”

“Masih curang sehingga kini bersama perempuan yang dengan siapa-siapa, saya ini ada saja tak kena di matanya setiap kesalahan kecil yang di jadikan isu besar. Bila di tegur dia tinggalkan saya dengan anak-anak, nafkah zahir saya yang berhempas pulas.”

“Setiap apa saja tentang kehidupannya tanyalah kawan-kawannya, sebab dia jarang bercerita dengan saya, sepanjang perkahwinan kami dia cuma bercakap hal yang perlu saja sedang kawan-kawan dia luahkan segala-galanya. Kadang saya rasa siapakah saya ini?”

“Tolong beri saya nasihat, cadangan bagaimanakah untuk saya hilangkan perasaan cinta saya terhadap suami, saya ingin buang segala rasa cinta yang ada dalam hatiku ini pada seorang lelaki yang tak pernah hargai aku sebagai isteri, aku nak bebas dari perasaan ini yang membuat aku hampir gila dan lupa Allah.”

“Aku sendiri tidak pasti mengapa perkahwinan ini masih bertahan, sedangkan hakikatnya sudah tiada rasa cinta dirinya terhadap diriku. Mungkin anak-anaklah pengikat kasih kami, serabutnya memikirkan bagaimana nak mengatasinya.., sedang dalam hatiku suami aku letak nombor 1 tetapi dia pula selalu menganggap aku tak penah wujud,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *