Pesawat peninjau Jepun dan 4 kru dilaporkan hilang

TOKYO: Kementerian Pertahanan Jepun menghantar pesawat dan helikopter untuk mengesan jet tentera bersama empat kru yang hilang, awal pagi tadi.

Seorang jurucakap tentera berkata, pesawat peninjau LR-2 itu hilang dari radar berhampiran lapangan terbang Hakodate di pulau utara Hokkaido ketika penerbangan ihsan mengambil pesakit di Hakodate, atas permintaan gabenor Hokkaido.

“Kami menghantar empat helikopter dan dua pesawat bagi mencari jet yang hilang. Setakat ini kami tidak menemui sebarang petunjuk,” katanya sambil menambah cuaca agak buruk terutama di kawasan pergunungan.

Pesawat itu dijadual mengambil pesakit dari hospital di Hakodate ke Sapporo, untuk diberi rawatan perubatan khas. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *