PKR Pulau Pinang Kini Huru Hara Kerana Kezaliman Guan Eng Terhadap Norlela

19/05/2017 – Saban hari semakin menyerlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi boneka parti rasis dan cauvinis DAP kerana sering mengikut telunjuk parti di bawah pimpinan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang itu sehingga ahli sendiri pun tidak dipertahankan.

Isu hangat yang berlaku diantara PKR dan DAP ketika ini adalah peruntukan bagi ADUN Penanti Dr Norlela Ariffin yang disekat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang hanya kerana tidak dapat menghadirkan diri pada istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

Norlela mendakwa beliau tidak menerima undangan rasmi dari pejabat setiausaha kerajaan negeri ke majlis angkat sumpah 29 April lepas dan menyangka majlis itu untuk exco dan orang penting yang ada jawatan.

Namun semalam, Ketua Menteri negeri ini, Lim Guan Eng membidas Norlela yang mendakwa tidak diundang ke majlis angkat sumpah gabenor hujung bulan lepas.

Setiausaha Agung parti rasis dan cauvinis itu menganggap dakwaan ADUN Penanti itu tidak betul dan memburuk-burukkan nama Setiausaha Kerajaan Datuk Seri Farisan Darus.

“Jangan heret setiausaha kerajaan ke dalam hal ini. Setiausaha saya sangat profesional dan antara yang terbaik di negara ini.

“Beliau (Farizan) sudah menghantar jemputan itu. Jangan pertikaikan profesionalisme beliau. Saya sangat kecewa kerana dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Jangan burukkan setiausaha kerajaan; beliau melakukan kerja secara professional. Kami ada semua bukti menunjukkan dia terima jemputan itu,” kata Guan Eng.

Bagaimanapun, isu ini menjadi semakin hangat apabila PKR negeri dilaporkan menghadapi pergolakan. Ini kerana ahli-ahli akar umbinya meluahkan kekecewaan terhadap pimpinan yang dilihat gagal membela wakil rakyat mereka sebaliknya lebih cenderung mengikut telunjuk DAP.

Kata sumber dalaman parti itu, ahli-ahli PKR negeri ketika ini tidak puas hati apabila Norlela dihukum oleh kerajaan DAP Pulau Pinang tanpa diberi peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Menunjukkan PKR kini semakin bergolak apabila tiga wakil rakyat yang menjadi harapan ahli-ahli PKR dikatakan gagal memainkan peranan bagi menyuarakan pendapat.

Sementara itu, bekas pemimpin kanan PKR negeri, Johari Kasim menganggap perkara itu berlaku kerana barisan Exco PKR dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ketika ini tidak bertaring menyebabkan tidak mampu untuk mempertahankan wakil rakyat mereka sendiri.

Beliau menyifatkan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin tidak berani membantah keputusan Guan Eng.

“Perkara ini bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng pernah dipecat oleh kerajaan DAP Pulau Pinang daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri kerana tidak menyokong undian terhadap kerajaan negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ketika itu, wakil PKR dalam pentadbiran juga tidak mampu membela mereka,” kata Johari.

Manakala Ketua Keselamatan Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Edy Jab menyifatkan masalah itu berlaku kerana kelemahan komunikasi membabitkan pimpinan PKR negeri dengan Guan Eng sehingga menyebabkan Norlela membangkitkan isu berkenaan di Facebook sekaligus mencetuskan kekecohan.

“Bagaimanapun saya difahamkan, sekiranya Norlela dan ADUN lain yang telah disekat peruntukan itu mahu menuntut elaun, mereka perlu bertemu Ketua Menteri. Saya harap isu ini dapat di­selesaikan kerana ia membabitkan kepentingan rakyat,” kata Edy. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *