Punca Sebenar Victoria Beckham Selalu Berkaca Mata Hitam

Menjadi antara ikon fesyen Hollywood, kemunculannya sering mencuri tumpuan dan kalau anda salah seorang menjadi pengikut tegarnya, pasti terperasan Victoria Beckham cukup sinonim dengan gaya berkaca mata biarpun berada di lokasi tertutup.

Apa yang mengejutkan, dia yang turut dikenali dengaan sapaan Posh Spice ini mengakui pemakaian kaca mata bukanlah bertujuan untuk menyorok identitinya daripada buruan paparazi seperti lazim dilakukan sesetengah selebriti lain, sebaliknya dia ada alasan tersendiri.

“Kaca mata sebenarnya menjadi sentuhan terakhir cara saya melengkapkan gaya.

“Aturan tidur yang tidak menentu disebabkan kesibukan bekerja membuatkan timbulnya lingkaran hitam di sekitar mata. Saya tidak selalunya perlu bermekap dan kaca mata adalah penyelamat keadaan,” katanya seperti yang dilaporkan The Mirror.

Pun begitu kata Posh, meskipun dia sentiasa sibuk dengan kerjaya di dunia fesyen, itu bukanlah alasan untuk dia tidak mengambil berat tentang keluarga.

“Saya akan lakukan apa sahaja demi keluarga kerana mereka adalah segala-galanya. Sekalipun David sentiasa berjauhan, saya sentiasa ada untuk anak-anak,” ujar wanita berusia 43 tahun ini. – ms

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *