Rakyat Bosan Dengan Pemimpin DAP Pulau Pinang Kerana Asyik Salahkan BN

19/05/2017 – Inilah cara pentadbiran licik dan keji parti rasis DAP. Sudah menjadi kebiasaan parti yang diterajui Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng itu akan menunding jari kepada pihak lain untuk dipersalahkan atas masalah yang mereka sendiri timbulkan.

Tindakan mereka ini seolah-olah mereka sudah menjalankan tugas mereka dengan ‘baik’ untuk rakyat. Jika ada salah, hanya perlu mencari pihak lain untuk dipersalahkan. Bukannya mereka akan bertanggungjawab menyelesaikannya.

Tindakan mereka ini boleh disifatkan tidak sedar dan muka tembok. Tetapi jika nak dihairankan pun, tidak juga kerana pemimpin parti yang merangkap ketua menteri itu pun jenis tidak sedar diri dan muka tembok.

Sedang menghadapi pertuduhan skandal rasuah, namun masih tidak sedar diri dan enggan melepaskan jawatan yang dipegang, malah teruskan tugasnya seperti biasa. Wahal beliau telah mencemar namanya sebagai ketua menteri.

Itulah cara rejim DAP Pulau Pinang memerintah negeri Pulau Mutiara itu. Mudah sungguh cara mereka, apa sahaja kekurangan di dalam pentadbiran negeri, hanya perlu salahkan Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN) sahaja.

Selama sembilan tahun rejim DAP memerintah Pulau Pinang, namun sehingga hari ini mereka masih menyalahkan Kerajaan Pusat mengenai isu Perumahan Rakyat yang masih gagal dilaksanakan sepenuhnya.

Apa pun, persoalannya apakah yang sudah berlaku dengan peruntukan RM500 juta dari Tabung Perumahan Awam dan Mampu Milik yang diwujudkan oleh kerajaan negeri?

Kenapa tidak dibina rumah PPR seperti yang telah dijanjikan oleh Rejim DAP pada tahun 2011? Sebelum ini mereka begitu mendabik dada akan melakukan yang terbaik untuk negeri mereka kuasai, namun kini hanya tinggal janji-janji kosong.

Bagaimana pula dengan siasatan terhadap penjualan rumah Kos Sederhana Murah (LMC) kepada golongan kaya yang kemudiannya disewakan? Apa tindakan Rejim DAP?

Selain itu, permohonan dari agensi kerajaan Persekutuan seperti PERDA, UDA Land dan JKP Sdn Bhd untuk membina rumah mampu milik juga masih lagi belum diluluskan walaupun permohonan telah dimajukan semenjak tahun 2012.

Walau bagaimanapun jangan lupa, kegagalan Kerajaan Pusat melaksanakan projek PR1MA di Pulau Pinang adalah kerana Rejim DAP menyekat 9,999 unit rumah mampu milik projek 1MDB di Air Puteh dan bagi projek 10,000 unit PR1MA di Balik Pulau juga, tidak diluluskan Pelan Kebenaran Merancang.

Adakah Rejim DAP terlepas pandang perkara berkenaan?

Apa pun, rejim DAP Pulau Pinang sebenarnya tidak ada masalah untuk membina 63,400 rumah dengan harga RM100,000 setiap satu dan memberi kepada Rakyat secara PERCUMA sekiranya pembaziran sebanyak RM6.34 billion ke atas Terowong Dasar Laut tidak dilakukan.

Begitu juga sekiranya rejim DAP membatalkan pembaziran projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang berjumlah RM50 bilion, maka Rejim DAP boleh membina 500,000 rumah berharga RM100,000 setiap dan memberi juga secara PERCUMA kepada rakyat Pulau Pinang. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *