Ramai Yang Tidak Sedar Ada Di Antara Kita Terkena Sihir Pemisah

Semalam banyak pesakit saya terkena sikit pemisah yang semakin menjadi-jadi. Ramai yang tidak sedar ada di antara kita terkena sihir pemisah.

Sihir pemisah jika lambat diubati boleh mengakibatkan perpisahan, penceraian, perpecahan di dalam masyarakat. Sihir pemisah kebiasaan berlaku terhadap pasangan suami isteri.

Antara tanda-tanda gangguan sihir pemisah.

1. Kerap sakit belakang, tengkuk urat belikat bahu rasa berat dan sakit
2. Kerap sakit kepala yg berpanjangan dan dahi kepala depan kerap rasa berat
3. Kerap sedawa angin sebu perut
4. Kerap sakit ulu hati sakit dada,rasa mcm tercekik dan kerap sesak nafas
5. Sakit bisa seluruh sendi badan
6. kitaran haid tak normal kadang2 keluar banyak tak henti dan ade juga tiada keluar langsung
7. Kerap sakit perut seperti di hiris senak
8. Sukar dapat zuriat
9. Menjadi marah benci tanpa sebab pada suami atau isteri
10. Tiada nafsu bila bersama isteri atau suami
11. Badan suami@isteri terhidu bau busuk meloyakan
12. Menjadi rindu sayang bila berjauhan dgn suami.
13. Cepat sedih dan terasa dan berdebar-debar, takut tanpa sebab
14. Fikiran menjadi strees dan tidak menentu
15. Sukar tidur malam dan kerap ternampak kelibat hitam di dalam rumah
16. Menjadi sakit bisa badan bila terdengar ayat suci Al-Quran
17. Menjadi berat hendak beribadah
18. Kerap mimpi pasangan kita curang dengan orang lain
19. Kerap mimpi jatuh tempat tinggi,mimpi bermain budak kecil,mimpi jatuh tempat tinggi,mimpi tempat busuk dan banyak lagi mimpi yg menakutkan
20. Perasaan sayang menjadi pudar pada pasangan suami isteri kita.

Nasihat saya sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, segeralah dapatkan rawatan daripada pusat rawatan Islam berhampiran anda.

Jangan sekali terlambat akibatnya hubungan anda akan bertambah panas. Semoga post ini dapat membantu menyelamatkan insan yang teraniaya. Semoga kita dijauhkan daripada berlaku pada kita, pasangan kita dan keluarga kita. Aamiin. – omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *