Rekaan Terbaru Untuk Model Samsung Galaxy J5 (2017) Bocor

Peranti di bawah keluarga Galaxy J adalah peranti kelas permulaan yang mensasarkan golongan yang mencari peranti dengan harga mampu milik.

Samsung Galaxy J5 Prime memasuki pasaran Malaysia pada Oktober tahun lalu. Rekaan dan spesifikasi untuk model terkini iaitu Samsung Galaxy J5 (2017) baru sahaja tertiris.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.2 inci AMOLED 720P, pemproses lapan teras Exynos 7870, memori sebesar 2 GB RAM dan storan sebesar 16 GB.

Dari segi kemampuan optik pula kamera utama sebesar 13-Megapixel f/1.7 dipadankan dengan kamera selfie 13-Megapixel f/1.9. Bateri sebesar 3000 mAh digunakan pada peranti Androud Nougat ini.

Ia mensasarkan tarikh jualan pada bulan Jun pada harga sekitar €279 (~RM 1346). – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *