Resepi Sup Hilangkan Demam, Batuk Dan Selsema Anak Dengan Cepat

19/05/2017 – Ibu bapa mana yang tak runsing jika anak-anak diserang selsema atau demam. Tambahan pula jika si anak yang masih kecil, belum tahu bagaimana untuk membuang hingus atau kahak dan asyik merengek bila rasa tidak selesa kerana hidung mula tersumbat.

Risau dengan pelbagai kemungkinan berlaku akibat jangkitan virus sekiranya demam selsema berlarutan, pasti ada antara ibu bapa yang mahu mencuba rawatan tanpa ubat.

Seorang wanita berkongsi resepi sup ‘antibiotik’ yang telah dibuatnya untuk anak-anaknya dan resepi ini dikatakan mampu membantu meningkatkan kesihatan dan sistem pertahanan anak-anak.

Selalunya ibu bapa apabila anak-anak tidak sihat akan memberikan mereka makan sup atau bubur. Tidak salah untuk mencuba resepi ini jika bertujuan untuk memberi kebaikan kepada anak-anak.

“Resepi ini saya dapat dari kawan saya kerja jururawat. Alhamdulilah sejak amalkan sup ini, anak yang selalu kena demam, batuk dan selesama dah kurang. Bila nampak nak mula demam, batuk atau selsema saya cepat-cepat buatkan sup ini. Alhamdulilah tak lebih satu hari dah sihat. Antara bahan-bahan yang diperlukan :

5 biji buah pelaga,
5-7 biji bunga cengkih
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dihiris halus
3 biji lada hitam
1 batang lobak merah dipotong bulat
Sedikit ikan bilis yang ditumbuk

“Cara memasaknya adalah tumiskan bawang putih, bawang merah dan semua rempah. Apabila sudah naik bau, masukkan semua bahan lain dan biarkan mendidih. Untuk tambahan sumber karbohidrat boleh dimasukkan mihun atau makaroni.

“Ikan bilis boleh digantikan dengan ayam, sebaiknya tumis bahan dengan minyak zaitun dan masukkan sedikit daun sup untuk sup lebih harum,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *