Ribuan rakyat Palestin raikan ulantahun pengusiran

RAMALLAH: Ribuan rakyat Palestin meraikan ulang tahun pengusiran mereka hampir tujuh dekad lalu dengan siren dan perbarisan.

Ratusan ribu penduduk Palestin melarikan diri atau diusir ketika Perang Asia Barat susulan penubuhan Israel pada 1948.

Keturunan mereka kini berjumlah jutaan orang dan kebanyakannya masih tinggal di rantau itu.

Siren dibunyikan di Tebing Barat sebagai memperingati berlalunya 69 tahun peristiwa digelar rakyat Palestin ‘nakba’ atau malapetaka.

Sebagai tanda peringatan itu, kereta berhenti dan pejalan kaki berdiri seketika.

Peserta perbarisan mengibarkan bendera dan menggunakan kunci sebagai simbol menuntut wilayah yang kini membentuk Israel.

Israel berkata, ia tidak akan tunduk dengan ‘penyerahan hak’ atas alasan ia hanya mengancam negara dengan mengurangkan majoriti penduduk Israel. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *