Sebarang Cadangan Untuk Bangunkan Projek Bandar Malaysia Masih Lagi Diterima

Oleh Lim Sian See

Cadangan untuk membangunkan projek Bandar Malaysia akan diterima sehingga 30 Jun, 2017 dengan keputusan muktamad terhadap pemaju utama yang akan dilakukan menjelang 14 Julai, kata pengerusi TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd yang baru dilantik Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Sebenarnya, saya tidak tahu mengapa Kerajaan masih mahu melakukan tender awam bagi tanah Bandar Malaysia.

Katakan sahaja ia adalah Pelaburan Langsung Asing (FDI) seperti apa yang Lim Guan Eng katakan tentang projek hospital – maka tidak perlu lagi untuk melakukan tender terbuka.

Kemudian Kerajaan boleh menganugerahkan kepada mana-mana kroni yang mereka mahu dan pada apa jua harga yang mereka mahu.

Bukan macam itu, penyokong DAP?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *