Selepas Pesta Bogel di Teluk Bahang, kini Pesta Onani pula di Pulau Pinang?

SEBERANG JAYA – Sebelum ini negara dikejutkan dengan penganjuran satu pesta bogel oleh pelancong dan juga penduduk tempatan di pantai Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang.

Dalam kejadian Ogos 2014 itu, majoriti rakyat mengutuk perbuatan individu-individu terbabit yang dikatakan mencemarkan imej negeri berkenaan.

Ia mula diperkatakan apabila video mengenai Pesta itu tersebar secara meluas di laman sosial. Video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk ‘Pesta Bogel Di Teluk Bahang, Penang’ itu memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita melukis di badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di pantai Teluk Kampi.

Pihak Polis bertindak pantas mengenal pasti individu-individu terbabit dan juga telah mengambil tindakan terhadap dalang penganjuran pesta bogel tersebut.

Kini apakah kejadian yang serupa bakal kembali menggegarkan negara khususnya penduduk negeri Pulau Pinang? Apakah golongan berfahaman songsang dan berkiblatkan nafsu itu semua akan berhenti dari membuat onar didalam negara?

Baru-baru ini sebuah laman sosial Facebook “Jejari Tengah” mendakwa satu pesta ‘Onani’ akan diadakan di Pulau Pinang sempena National Masturbation Month pada bulan Mei ini.

Satu poster juga turut dimuatnaik oleh pengendali laman tersebut yang menunjukkan pesta berkenaan akan diadakan di sebuah premis di Batu Feringghi.

Jika benar dakwaan tersebut, ia merupakan satu tamparan hebat kepada umat Islam di Pulau Pinang kerana tarikh penganjuran pesta berkenaan merupakan 2 hari selepas Ramadhan.

Hasil carian di laman sesawang internet pula menunjukkan National Masturbation Day mula diperkenalkan pada 14 Mei 1995 di Amerika Syarikat oleh sekumpulan individu yang memperjuangkan kebebasan seks.

Kumpulan berkenaan juga dikatakan cuba untuk mendesak kepimpinan negara terbabit agar memasukkan topik masturbasi didalam kurikulum pendidikan pelajar sekolah.

Semoga agenda liberisasi dan juga kebebasan sosial tanpa batas ini dapat dihalang dari berjangkit ke negara kita yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi ini. – Utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *