Semakan Status Kewarganegaraan Calon-Calon Pilihanraya Bukan Tanggungjawab SPR

JOHOR BAHRU – Semakan status kewarganegaraan bagi calon-calon pilihanraya bukan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sebaliknya menegaskan semakan itu perlu dilakukan oleh parti politik.

“Tugas hakiki SPR hanya ada tiga perkara iaitu sebagai badan yang menjalankan pilihanraya seperti yang diamanah Yang Dipertuan Agong.

“Tugas kedua adalah melakukan persempadanan semula bagi setiap lapan tahun dan memastikan daftar pemilih,” katanya di Program Singgah Mesra #Jom Kita Daftar Undi, di Pasar Borneo, di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada SPR mempunyai cadangan penambahbaikkan bagi mengelak kes Adun Pujut yang dilucutkan keahlian dewan serta-merta mengikut Perlembagaan Negeri Sarawak pada 12 Mei lalu kerana memiliki dua kewarganegaraan, Mohd Hashim berkata, ia tidak melibatkan suruhanjaya itu sebaliknya adalah tanggungjawab jabatan-jabatan lain.

SPR menetapkan 4 Julai ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pujut manakala 30 Jun ini sebagai hari penamaan calon. – sh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *