Seorang bapa tetak perogol sehingga mati demi pertahankan anak gadisnya.

Tawau, Sabah – Seorang bapa tetak mati lelaki berusia 38 tahun yang didakwa cuba merogol anaknya di sebuah ladang di Tawau, lapor Star Online.

Pada 26 Mei, kira-kira 8.30 pagi lelaki itu dikatakan cuba mendekati gadis berusia 17 tahun itu yang sedang menyiram tanaman.

Lelaki itu menutup kepalanya dengan karung namun remaja itu melawan dan berjaya mengeluarkan karung itu.

Jeritan gadis itu menarik perhatian bapanya, 54, yang berada berdekatan tempat kejadian.

The Star juga melapor bapanya dipercayai menyerang lelaki itu dengan parang.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata lelaki itu ditetak beberapa kali pada kaki dan badannya. Dia rebah dan meninggal dunia.

Seorang pengawal keselamatan menahan bapa gadis itu dan kemudian diserahkan kepada pihak polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *