SHIFTCAM Kerangka Telefon Bimbit Tambahan Untuk iPhone 7 Plus

Kit lensa tambahan sudah berada di pasaran sejak enam tahun kebelakangan ini. Lensa-lensa tambahan menambah kemampuan kamera peranti dan mensasarkan golong pencinta seni fotografi.

Tetapi kami sedari kit lensa tambahan untuk peranti dwi-kamera adalah amat terhad. Oleh itu kami merasakan kerangka SHIFTCAM ini pasti menarik minat pemilik iPhone 7 Plus.

Kerangka tahan lasak SHIFTCAM hadir dengan enam lensa tambahan. Lensa- lensa ini memberikan kemampuan 20X makro, 10x makro, 2X telefoto, 180 fish-eye dan 120 darjah sudut lebar.

Terdapat juga penyangga khas bagi memudahkan peranti dipegang. Keseluruhan kerangka diperbuat dari bahan getah bagi menyerap hentakan.

SHIFTCAM masih mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga bermula $54 (~RM 233) sebuah. – Amanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *