Soalan-Soalan Yang Paling Orang Single Tak Mahu Dengar

Anda pasti mempunyai rakan yang sudah berumur 30-an dan masih bersendirian tanpa kekasih hati, kan? Tidak kira lelaki atau perempuan, pastinya mereka ada alasan mereka yang tersendiri.

Ada dikalangan kita suka bertanyakan soalan-soalan berkaitan hati dengan mereka, adakah mereka berminat untuk mendirikan rumahtangga atau tidak. Siapa pun mempunyai keinginan untuk berkongsi kasih dan mendirikan rumahtangga yang bahagia, tapi apakan daya, mungkin jodoh belum sampai.

Jangan sesekali anda menyoal mereka dengan soalan-soalan yang akan mengguris perasaan mereka, jangan terlalu merasa diri sudah sempurna apabila sudah mendirikan rumahtangga, dan melihat mereka dengan penuh kekurangan. Mungkin anda tidak tahu bahawa mereka yang bersendirian lebih rasa selamat dan rasa bahagia berbanding anda yang sudah berumahtangga mungkin mengalami stress berpanjangan.

Mari kita lihat antara soalan-soalan yang perlu dielakkan jika anda bertemu dengan rakan-rakan anda yang masih belum berkahwin, dan sudah tentu merka yang mendengar akan merasa meluat dan benci dengan soalan-soalan seperti ini diajukan.

Kau single lagi ke? Bestnya hidup macam kau

Bunyi nya seperti memerli, jika anda rasa mereka yang tidak mempunyai kekasih tidak terasa dengan persoalan begini. Mungkin seperti memuji, tetapi ianya adalah soalan paling tidak disukai mereka yang masih belum mempunyai kekasih. Jangan buat-buat prihatin jika sebenarnya ingin menyakitkan hati.

Tak pernah rasa sunyi ke?

Sebenarnya mereka yang tidak mempunyai kekasih hati bebas melakukan apa sahaja aktiviti yang mereka suka, tiada yang menghalang dan tidak perlu risau jika keluar dengan rakan lelaki, sekurang-kurangnya tidak perlu fikir jika ada yang cemburu buta.

Tak risau kau kalau susah nak mengandung nanti?

Sememangnya untuk wanita yang berumur 40 tahun keatas mempunyai risiko yang besar untuk ada masalah ketika mengandung, tetapi tidak perlu mempersoalkan kerja ALLAH S.W.T. jika ada rezeki, umur 80 tahun pun masih boleh mengandung dan beranak, siapa anda untuk menentukan susah atau senang orang yang berumur untuk mengandung.

Memang tak ada dating dengan siapa-siapa ke?

Wanita yang berkejaya memang susah untuk keluar temu janji dengan lelaki yang tidak dikenali, jika anda bertanyakan soalan ini, pastinya mereka akan berkata “sibuk dengan kerja, bukan penting pun”. Jandi jika boleh jangan menyibuk dengan urusan orang lain, diam jika perlu.

Kau tak nak cuba online dating. Mana tau jumpa jodoh

Macam-macam soalan yang ditanya, dan ada juga yang cuba memberi pendapat. Sebenarnya mereka bukan tidak tahu tentang keluar temu janji ataupun cuba mencari jodoh. Cuma mereka lebih fokuskan apa yang penting.

Jangan risau, satu hari kau akan jumpa jodoh kau

Jodoh dan pertemuan segalanya rahsia ALLAH S.W.T. Cepat atau lambat, itu urusan ALLAH S.W.T juga.

Nanti bila kau dah kahwin, mesti kau harap nak single balik

Ini kata-kata yang boleh buatkan orang single takut nak kahwin, sebaiknya jangan ceritakan perkara negatif. Jika nak bercerita, sebaiknya yang baik-baik saja.

Kau ni terlalu memilih sangat kot?

Memilih untuk kebaikan tidak mengapa, jangan saja tersalah pilih, merana sampai ke tua.

Jika ada rakan-rakan yang belum berkahwin, elakkan bertanya dengan soalan-soalan diatas. ada segelintir wanita yang mendengar soalan begitu, boleh mendatangkan stress pada mereka. Ada juga wanita yang tidak ambil kisah, tanya saja soalan-soalan sebegitu, dia akan jawab dengan selmaba, dan bersahaja. Tetapi jika rakan anda seorang yang sensitif, mungkin mereka akan menjadi sedih dan murung. Apa yang perlu anda tahu, jodoh itu bukan kita yang tentukan, kita hanya merancang, dan ALLAH S.W.T yang tentukan. Wallahualam. – ac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *