Suami ‘Kaki Perempuan’ Memang Tidak Akan Pernah Berubah

18/05/2017 – Hati isteri mana yang tidak terluka jika suami yang disayangi dan dicintai bermain kasih dengan perempuan lain. Jika waktu bercinta ramai pasangan merasakan apabila sudah berkahwin sikap lelaki yang ‘kaki perempuan’ akan berubah.

Namun, itu nampaknya adalah salah sama sekali. Ini kerana jika dia pernah curang sebelum ini sebenarnya potensi untuk dia mengulangi perkara yang sama adalah amat besar.

Itulah yang dikongsikan oleh wanita ini yang beranggapan tentang suaminya akan berubah tidak lagi bersikap ‘kaki perempuan’ setelah berkahwin hancur, apabila sikap suami dilihat langsung tidak berubah walaupun beberapa kali suaminya kantoi curang.

“Ujian saya terima mungkin tak seberat orang lain. Saya isteri, ibu dan seorang pelajar. Sejak saya bercinta dengan suami lagi, suami saya memang suka cari perempuan. Masa saya dalam pantang saya minta cerai dan dalam proses itu, dia sempat berjalan dengan perempuan lain sampai ke cameron, keluar malam-malam.”

“Saya tak tahu semua itu sampai kami rujuk semula. Allah tunjuk satu persatu, patah hati saya. Sekarang pun saya dapat tahu dia masih berhubung dengan bekas kekasih dia. Allah saja tahu hati saya dan saya minta cerai tapi dia tak nak.”

“Saya sudah tak ada perasaan dengan dia, saya nak ke mahkamah tak boleh sebab saya pelajar under goverment untuk tinggalkan satu hari pun tak boleh sebab akan diganti. Umur saya baru 24 dan dia 27, saya harap seseorang boleh bantu saya keluar dari kehidupan malang ini.”

“Saya pernah dipukul, ditampar, disepak dan dicekik. Saya tak ada tempat meluah, hanya disini saja. Setahun lagi untuk saya habiskan belajar dan saya rindu kehidupan lama saya. Saya tak bahagia sekarang. Suami memang tak akan berubah dengan mana-mana perempuan.”

“Saya cuba kuruskan badan dan cuba berhiaskan diri tapi sikap suami tetap sama saja. Hari-hari saya menangis dan menangis, tolong saya. Hati dah tak ada pada suami, saya fikir tanggungjawab saja. Macam mana saya nak keluar dari kehidupan ini dan mula hidup baru. Macam mana nak dia lafazkan talak pada saya?”

“Nak masuk 3 tahun bernikah saya langsung tak rasa bahagia macam orang lain. Saya bersuamikan lelaki kaki perempuan, honeymoon tak pernah. Tapi suami asyik berjalan dengan perempuan lain, siap boleh ke cameron ke ipoh sana-sini.”

“Saya tak kisah semue itu saya cuma nak bebas dari pernikahan sekarang dan mulakan hidup baru dengan anak perempuan saya. Biarlah dia hidup dengan betina diluar sana. Maaf ayat saya tunggang terbalik, jiwa kacau dan mohon bagi cara untuk saya dilepaskan,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *