Sweet Qismina Ubah Penampilan Untuk Lari Dari Watak Kanak-Kanak

Pelakon Sweet Qismina mengakui sudah bersedia membawa watak yang lebih matang daripada usianya.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 20, berkata, dia ingin mengubah perspektif masyarakat mengenai dirinya yang sering mendapat watak kanak-kanak.

“Sebenarnya ramai orang menyangka saya hanya mampu untuk membawa watak kanak-kanak sahaja.

“Jadi saya telah mengubah penampilan untuk kelihatan lebih matang supaya dapat membawa watak yang lebih dewasa.

“Walaupun nama saya Sweet, namun ia bukan halangan untuk saya membawa watak wanita dewasa.

“Saya hendak berubah secara berperingkat mengikut peredaran zaman melalui cara penampilan agar produksi di luar sana yakin dengan kemampuan diri saya untuk memberi watak yang lebih mencabar,” katanya kepada Astro Gempak.

Sweet ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, di Pusat Konvensyen Putrajaya, baru-baru ini. – ag

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *