Tambahkan 4 Bahan Ini Didalam Mandian Spa Anda Untuk Mencantikkan Lagi Kulit & Rambut

Pastinya selepas seharian bekerja, anda mahu merehatkan tubuh sepuas-puasnya di rumah. Salah satu paling berkesan termasuklah mandian air hangat dalam tab mandi.

Namun, tahukah anda dengan menambahkan bahan semula jadi tertentu, ia menyuntik sensasi yang bukan sahaja menenangkan, malah mencantikkan kulit serta rambut anda.

Memetik laman Boldsky, empat bahan yang anda boleh masukkan ke dalam tab mandi untuk beri manfaat kepada tubuh adalah seperti berikut:

1. Jus anggur

Tambahkan 5- 8 sudu jus anggur ke dalam tab mandi anda. Ia dapat membantu melembutkan dan meremajakan kulit.

2. Madu

Madu mempunyai sifat antivirus dan anti bakteria yang membantu kulit anda bersih, lembut dan gebu. Tambahkan 10 hingga 12 sudu madu ke dalam air mandian anda.

3. Susu

Susu sinonim dengan perawatan kulit yang efisien. Anda cuma perlu tambahkan 1 cawan susu ke dalam air mandian hangat dan rasakan efeknya selama 15 hingga 20 minit.

4. Teh hijau

Rendamkan bukan sahaja badan anda, sebaliknya rambut dalam air rendaman teh hijau. Ia membuatkan rambut menjadi lebih kuat dan cepat panjang. Kulit juga terasa lebih segar dan juga lembut.

Selain teh hijau, anda juga boleh menggunakan teh lain seperti teh pudina dan teh lemon. – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *