Telefon pintar dari Perancis kini dalam pasaran Malaysia

KUALA LUMPUR – Wiko Harry, telefon pintar dua sim buatan Perancis, kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM599.

Wiko Harry merupakan telefon pintar dengan fungsi menarik, multimedia yang hebat dan ciri-ciri mesra pengguna dalam reka bentuk logam yang bergaya, demikian menurut Wiko Mobile Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Ken Ang berkata, Wiko Harry direka bentuk untuk pengalaman telefon pintar yang lancar selain memastikan unsur mesra pengguna dengan keupayaan multimedia yang hebat.

Pengguna juga menikmati paparan menarik dengan skrin berdefinasi tinggi 12.7 sentimeter bagi warna hebat.

Telefon yang ditawarkan dalam dua warna itu kini boleh didapati di semua pengedar sah di seluruh negara. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *