Tempat Adam Rosly Diambil Alih Oleh Harris Idaham Rashid

KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan Cabang Ampang (AMK Ampang) melantik Harris Idaham Rashid bagi memangku jawatan Datuk Adam Rosly.

Pelantikan itu berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat ahli jawankuasa AMK Ampang semalam.

“Keputusan ini dibuat berikutan status Adam yang ingin merehatkan diri daripada politik sehingga kes mahkamah beliau selesai,” kata Muhammad Shaheen Sidique, Setiausaha AMK Ampang.

Harris adalah Ketua Biro Guaman AMK Selangor akan memangku jawatan tersebut dan menggalas segala tanggungjawab Ketua AMK sehingga ada perubahan kepada tampuk kepimpinan AMK Ampang.

Katanya, perlantikan ini juga telah mendapat persetujuan daripada Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Ampang, Zuraida Kamaruddin. – mg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *