Tertekan Hidup Menyewa Dengan Orang Yang Terlalu Pembersih

18/05/2017 – Pernah dengar tentang penyakit OCD? Rata-rata masyarakat memahami OCD atau Obsessive compulsive disorder adalah seorang yang terlalu pembersih atau terlalu cerewet.

Antara sikap terlalu pembersih yang dilakukan oleh OCD adalah jika tangan mereka kotor atau berminyak selepas melakukan sesuatu kerja, kemudian mereka membasuh tangan seperti biasa menggunakan sabun dan air. Tetapi setelah mereka selesai membasuhnya, mereka masih lagi merasakan tangan mereka kotor seperti belum dibasuh sama sekali. Apa yang akan mereka lakukan? Mereka akan membasuhnya sekali lagi.

Itulah yang dilalui oleh wanita ini apabila menyewa dengan rakan menyewa yang terlalu pembersih. Wanita ini telah berusaha untuk mengemas rumah tetapi masih lagi tidak dirasakan bersih bagi rakan serumahnya dan akan mengemas semula rumah mereka.

“Aku sewa bilik di sebuah apartment. Mula-mula aku masuk rumah itu, aku tengok semua benda perkakas dapur, peti ais ruang tamu bilik air semuanya bersih. Dalam hati aku dah rasa seronok sebab rumah itu bersih. Walaupun , terdetik di hati, semua barang berkilat. Tak ada habuk sikit pun. Macam tak pernah guna. Macam mana pun, aku terus setuju untuk sewa rumah itu.”

“Hari pertama masuk, aku tegur housemate nama apa kerja apa asal mana. Berkenalan. Itu pun nak tak nak saja jawab. Aku fikir mungkin dia tengah serabut tak kisah lah. Selepas itu, dari hari ke hari aku dah rasa agak lain macam. Aku ini kerja gaji taklah besar 1k++. Jadi aku kena lah berjimat cermat, aku memasak. Aku tak pernah tinggalkan dapur itu tak lap. Sampai ke lantai aku lap.”

“Bila aku dah siap makan, basuh semua pinggan kuali, aku masuk bilik. Tetiba dengar, “heiiiii… siapa guna dapur ini. Pengotor betul.” Sentap gila aku baru lap kot dapur itu. Aku cakap dalam hati, mungkin aku lap tak cukup bersih. Lain kali aku guna lagi dapur itu, aku improve cara lap aku. Aku siap sabun 2 kali dan aku lap betul-betul. Tapi, sekali lagi housemate aku ni memekik dari dapur, “siapa guna dapur tak reti nak kemas balik ni”. Darah aku dah menyirap, tahap bersih macam mana lagi kau nak. Tapi aku diam sabar. Sebab aku tahu, diri aku ni kalau dah marah, tangan naik. Tak nak hempuk anak orang tak pasal-pasal masuk lokap.”

“Bukan setakat dapur saja tiap-tiap kali aku masuk bilik air, dah menjadi satu kebiasaan bagi aku, untuk siram lantai bilik air. Takut ada sabun dan nak rasa bersih jadi orang seterusnya yang masuk itu selesa nak buang air. Then, dia masuk lepas aku masuk, aku dapat dengar dia kocak-kocak kan air dalam baldi kuat-kuat, lepas itu siram balik lantai dan berus lantai.”

“Lagi 1 pasal kain yang aku sidai, aku ini bekerja. Pagi keluar balik petang pukul 6.30 petang. Jadi aku sidai baju dan biar saja lah kat ampaian. Balik pukul 6.30 itu aku tengok semua baju aku termasuk yang dalam-dalam itu dah diangkat tersadai berlonggok atas kerusi. Bayangkan kain itu tak kering semuanya. Mula-mula itu aku bersangka baik, baiknya tolong angkatkan.”

“Dah 2 3 kali ‘TOLONG’ angkatkan dengan tak kering nya, dengan pakaian dalam pun tolong angkatkan juga. Sekali itu, pernah tolong lipatkan sekali PAKAIAN DALAM. Bukannye housemate aku itu nak guna ampaian dia cuma nak ampaian itu bersih tak ada kain kat situ.”

“Sampailah baru-baru ini aku dah hilang sabar. Aku dah tak tahan dengar makian dan sindiran dia terpekik dari dapur. Aku masak daging memang akan guna banyak bekas dan aku basuh setiap bekas aku. Boleh pulak dia kata “siapa yang basuh bekas sampai basah ini”. Aku basuh dengan air, bukan samak dengan pasir.”

“Perang besar dia siap keluarkan barang aku dari peti ais dan tulis nota, “barang pengotor tak layak ada dalam peti ais”. Aku campak semua barang yang bukan aku punya ke luar. Maki jangan cakaplah semua keluar. Aku terus bagitahu owner yang aku nak pindah rumah.”

“Aku cuma nak cakap dekat bekas housemate aku ini, kalau dia baca confession ini memang aku dah solat hajat biar Allah tunjukkan balasan. Aku doakan kau berdua jadi pencuci dapur dan jamban yang berjaya. Amin. Diorang ini bukan berpendidikan rendah tapi MASTER okay. Siap mendabik dada mengaku bijak bestari sebab berpendidikan master. Apa aku nak cakap disini, pendidikan bukan pengukur, kalau perangai macam puaka,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *