Thailand batal cadangan sekat laman Facebook

BANGKOK: Thailand membatalkan hasrat menyekat operasi Facebook, sebaliknya menyerahkan perintah mahkamah kepada laman media sosial itu supaya mengeluarkan kandungan yang menyalahi undang-undang.

Ugutan sekatan itu dibuat minggu lalu kerana mahu Facebook menyekat lebih 130 tulisan yang dianggap mengancam keselamatan negara atau melanggar undang-undang lese majeste negara itu, yang menghina monarki.

mengikut undang-udang Thailand, sesiapa yang didapati menghina anggota diraja boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

Kerajaan junta Thailand menjadikan hukuman menghina raja satu keutamaan sejak merampas kuasa tiga tahun lalu.

Setiausaha Agung Kawal Selia Penyiaran Thailand, Takorn Tantasith, berkata Facebook juga sudah memohon perintah mahkamah, namun beliau menjangka gergasi media sosial itu akan patuh dengan tuntutan kerajaan.

“Facebook memberi kerjasama yang baik dengan kami,” katanya. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *