Tindakan Malaysia tangani Militan dipuji oleh Turki

NEW DELHI – Turki memuji tindakan Malaysia terhadap rangkaian ulama Fethullah Gulen yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dan dituduh terlibat dengan cubaan rampasan kuasa oleh tentera di negara itu tahun lalu.

“Kami sungguh gembira dengan cara Malaysia menanganinya. Mereka melarikan diri kerana Malaysia bertindak dengan amat tegas dan tidak membenarkan kumpulan itu menyalahgunakan agama.

“Inilah kekuatan Malaysia dan kami amat menghargainya,” kata Ilnur Cevik, penasihat kanan kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam temu bual dengan Bernama di sini.

Rangkaian rahsia itu dikaitkan de­ngan Gulen yang tinggal di sebuah kawasan mewah dan terpencil di Pennsylvania, AS.

Kerajaan Turki meminta AS menghantar pulang Gulen ke Turki untuk dibicarakan berhubung peranannya dalam cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik dengan memperalatkan pengikutnya dalam pasukan tentera dan institusi lain.

Ramai pengikut Gulen dipercayai bekerja dalam pasukan keselamatan dan institusi lain di Turki menyebabkan beribu-ribu orang dipecat rentetan kudeta tersebut. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *