Tip Untuk Rumahtangga Kekal Bahagia

18/05/2017 – Dalam membina sebuah rumahtangga ke arah kebahagiaan, suami dan isteri sangat berperanan penting dalam mewujudkan keharmonian dan kasih sayang yang berterusan. Dengan itu setiap orang haruslah berazam untuk menjadi pasangan yang terbaik dan membahagiakan.

Berikut terdapat beberapa tips yang dikongsikan oleh wanita ini setelah hampir 10 tahun mendirikan rumahtangga. Setiap pasangan pasti akan berdepan dengan masalah rumahtangga tetapi kita perlu menyelesaikan setiap masalah dengan baik.

“Nama aku Lisa. Seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak dan hampir 10 tahun usia perkahwinanku. Apa yang nak aku sampaikan ini antara tips yang aku selalu guna pakai untuk pastikan rumah tangga kekal bahagia. Ya, tak semua manusia sama dan aku tahu lepas baca ini mesti ada yang kata, awak takpe lah, sangat bernasib baik sebab dapat suami macam tu. Tapi aku rasa tak semua benda yang kita nak kat dunia ni datang bergolek tanpa ada usaha.”

“Aku rasa sama saja dengan pasangan lain di awal usia perkahwinan selalu ada krisis sebab masing-masing nak kenal diri sendiri, nak ikut kepala sendiri lagilah pasangan yang kenal tak lama macam aku. Kenal beberapa bulan dan decide nak kahwin. Aku rasa itu normal dan aku cuba untuk terima hakikat.”

“Pertama, halang suami keluar. Untuk yang kata tak perlu lah nak halang suami keluar untuk berseronok dengan kawan-kawan. Ye aku setuju tapi bukan untuk hari-hari, setakat 2,3 kali sebulan tak jadi masalah. Tapi memang aku akan bagi tempoh sampai 12 malam saja. Aku mengongkong? aku tak kisah kalau keluar tiap malam untuk dengar ceramah agama, tapi untuk lepak dengan kawan, cerita merapu baik tak payah. Apa guna kahwin kalau bukan bini tempat luah masalah suami?”

“Kedua, check handset suami. Yes, memang aku check handset suami. Salah? Dah kata perkongsian hidup. Kongsi handset dan kongsi cerita apa yang dia bualkan dengan kawan dalam wechat pun tak kan tak boleh. Apa sebab nak sangat privacy? Ada buat salah ke? Sebab terlampau percaya itu lah selalu suami ambik kesempatan. Tapi tak payah tiap kali suami balik itu kau nak cek. Cukup setakat 3 ke 4 kali seminggu. Semestinya kena mintak kebenaran. Minta 100 sebab kalau dia tak bagi pegang handset dia tu.”

“Ketiga, kena rajin masak untuk suami. Walau penat macam mana pun, dalam seminggu itu paling-paling 4 ke 5 kali tolonglah masak untuk suami, terutama masakan kegemaran dia. Sebab apa? Sebab air tangan isteri itu berkat dan masa masak ini lah kau boleh baca apa yang patut seperti “Ya Latiff”, doa kat Allah lembutkan hati suami dengan anak supaya dekat dengan Allah, supaya ingat kita sentiasa kerana Allah.”

“Keempat, jangan tinggi suara. Jangan sesekali tinggi suara, biarlah dia nak tinggi suara macam mana pun. Kau jangan lah jadi macam dia. Api dengan api memang tak kan padam lah. Dan jangan nak banyak cakap bila suami tengah marah. Kau kena diam. Kalau tak puas hati juga tunggu lah dia reda. Orang tengah merah memang tak boleh fikir waras dah. Cakap baik-baik dengan suami yang kau tak suka dia cakap kasar dan jangan putus asa berdoa pada Allah supaya suami berubah.”

“Kelima, kena pakai proses adult learner. Sebab dia dah besar, kau nak bentuk ikut cara kau kena sabar dan perlahan bukan didik macam anak kecil. Kalau ada tak puas hati tu elok fikir dulu sebab nak kena cakap dalam bentuk point. Ingat! Lelaki ada ego dia sendiri. Please lah jangan nak membebel lelaki memang tak suka.”

“Kalau masih tak puas hati lagi dengan kesilapan dia, tunggu masa yang sesuai lagi untuk tegur dia balik contoh masa tengah mood dia baik. Jangan lah cakap letih dah nasihat. Kita sama saja. Memang kena diingatkan selalu. Kata sayang suami. Allah sayangkan hambaNya pun sering bagi ujian untuk mengingatkan kita kepadanya kan?.”

“Keenam, tolong lah layan suami. Bab melayan suami ni bukan takat nafsu dia saja. Yang itu memang wajib, kalau kau tolak sebab penat cepat-cepatla ‘qada’ balik. Bab makan pun satu lagi. Tolonglah teman dia walaupun kau tak nak makan. Sifat suami memang macam itu. Memang suka di layan. Bukan lama pun kan. Takat 10 ke 15 minit. Tapi impak dia sebenarnya sangat besar. Tak percaya cuba.”

“Banyak lagi sebenarnya. Takut nanti jemu membaca. Alhamdulillah, rumah tangga kami semakin bahagia sebab setiap hari kami cuba untuk mengenal antara satu sama lain. Tolonglah bawak berbincang bila ada masalah dan jangan selalu fikir kita yang betul. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah kerana Allah lah pemilik hati manusia. Doakan kami bahagia dunia akhirat. Amiin,” ujarnya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *