Tips Berguna Dari Professor Ungku Aziz Jika Anda Mahu Jadi Manusia Bijak

Siapa tidak kenal dengan professor Ungku Aziz ini, terlalu banyak sumbangannya terhadap negara. Anda boleh membaca buku-buku dipasaran yang menceritakan sumbangannya dalam pendidikan, ekonomi, persuratan melayu dan banyak lagi.

Beliau bukanlah seorang yang bercakap kosong, apa sahaja yang beliau katakan, itulah yang praktikkan. Beliau juga seorang yang berdisiplin dengan rutin hariannya.

Disini ada beberapa tips berguna jika anda ingin menjadi manusia yang bijak!

Tidur 6 jam atau 7 jam sehari

Pak engku mencadangkan supaya kita tidur selama 6 hingga 7 jam, jika ank muda yang bertubuh sihat, 5 jam sudah mencukupi. Dan sebelum tidur, penting untuk kita kosongkan minda dan lupakan semua masalah.

Tidur selama 30 minit pada tengah hari

Waktu tengah hari adalah waktu ynag sesuai untuk tidur, jangan terlalu lama, hanya 30 minit setiap hari. Masa yang sesuai ialah pada jam 12 hingga 3 petang. Kemudian pank engku menyuruh kita tidur selepas makan tengah hari dengan keadaan berbaring, sepertimana kita tidur pada waktu malam.

Tidur pada tengah hari ini penting untuk membaik pulih sistem badan kita lalu membuatkan kita menjadi cergas pada waktu petang. Kata Pak Engku lagi, jangan pedulikan apa yang berlaku ketika tidur,. Masa tidur adalah masa tidur, jangan ingat benda lain atau mempedulikan apa yang berlaku di sekitar kita.

Makan bawang mentah

Pak Engku juga mengamalkan memakan bawang mentah.

Jangan makan terlalu banyak makanan segera.

Pak Engku melarang kita daripada kerap memakan makanan ringan seperti burger. Kerana bahan-bahan yang ada didalam mempunyai racun yang banyak. Kalau nak makan sekali sekali tidak mengapa.

Jangan minum air coca-cola

Sebaiknya, jangan amalkan meminum air coca-cola terlalu kerap, ini kerana terdapat banyak kandungan gula dan akan memberi racun kepada badan.

Amalkan pemakanan “fit for life”

Falsafah pemakanan Pak Engku ialah makanlah bahan yang hidup, jangan makan bahan yang telah mati. Umpamanya sayur dan ulam, semuanya mesti dimakan hidup-hidup. Kalu kita masak, goreng serta rebus sayur, itu bermakna bahan itu telah mati. Elakkan dari memakan bahan yang sudah mati, melainkan daging.

Jangan borak kosong.

Borak kosong itu merugikan masa, kalau orang islam berdosa jika kita membuang masa begitu.

Masa giat dan masa rehat.

masa harus dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian giat(aktif) dan rehat (pasif). Masa aktif digunakan untuk kita melakukan aktiviti harian. Masa pasif digunakan untuk kita fikirkan apa yang telah kita buat. Jadi kita haruslah pandai membezakan antara aktif dan pasif. Ini terpulang kepada kreativiti masing-masing

Jangan pedulikan tekanan orang

Jika ada orang memarahi anda tanpa sebab, jangan ambil kemarahan tersebut untuk difikirkan sehingga menyebabkan stress. Anggap saja sesiapa yang memarahi anda itu gila.

Selalu perhatikan baki wang

Untuk mengelakkan rasa stress. sebaiknya tengok selalu baki wang anda dalam poket, supaya nanti dapat mengelakkan daripada masalah wang pada masa yang akan datang.

Amal senaman tiga kali seminggu.

Buat jadual 3 kali seminggu untuk lakukan senaman. jogging, bermain badminton dan sebagainya. Tidak kisahlah sukan apa yang anda lakukan.

Senaman minda

Minda kita juga harus bersenam, contohnya dengan permainan Sodoku dan Chess, ini baik untuk kesihatan minda kita.

Jangan bermain komputer games

Buang tabiat suka bermain permainan komputer. Ianya membuatkan seseorang ketagih dan menghabiskan masa terlalu lama dihadapann komputer..

Amalkan budaya suka membaca

Pak Engku seorang yang gemar membaca, beliau membaca 5 surat khabar sehari. Dengan banyak membaca, ianya dapat mengasah minda dan pemikiran kita.

Kita mesti berfikir dan terus berfikir

Jika ingin melakukan sesuatu, sebaiknya berfikir terlebih dahulu. Supaya apa yang difikir sesuai dengan apa yang ingin dicapai.

Banyakkan diskusi

Bincanglah perkara yang bagus-bagus dengan rakan anda, ini menggalakkan minda kita berfikir secara kreatif dan kritis. Supaya kita mendapat idea-idea yang baru.

Ini adalah tips-tips yang berguna untuk anda jikan ingin menjadi manusia yang bijak. Yang paling penting, setiap hari harus belajar benda baru agar seiring dengan peredaran masa. – ac

Kata-kata pujangga Professor Engku Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *