Tokong Penang Berlakon Sakit Untuk Raih Simpati Rakyat

17/05/17 – Alahaiiiiii kesiannyaaa… Manja betul Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng korang ni yer! Jari kelingking sakit pun sampai nak buat video bagai, persoalannya betul-betul sakit atau pun sekadar lakonan untuk meraih simpati rakyat??

Mana la tahu kan sebab Tokong Cina DAP sorang ni memang kaki propa, kuat berdrama dan suka berlakon. Jadi tak hairan sangat la kalau Gomez katakan ini semua hanyalah satu lakonan Guan Eng untuk menarik semula perhatian seluruh rakyat Pulau Pinang.

Dalam video berdurasi kurang 1 minit tersebut menyaksikan lakonan dengan muka kasihan Guan Eng mendakwa bahawa kononnya pergelangan tangan kanannya berbalut disebabkan masalah ligamen antara tulang dan jari kelingkingnya.

Tapi menurutnya, rakyat Pulau Pinang tak perlu risau kerana perkara dan masalah jari kelingking dia tu sudah pun selesai. Guan Eng dah buat pembedahan kecil di hospital bagi ‘membetulkan’ kembali jari kelingkingnya tu.

Kenapa tak buat pembedahan cuci hati sekali biar bersih suci sikit hati tu, haha! Agak-agak Guan Eng buat kutipan amal tak untuk menampung kos perbelanjaan pembedahan kecilnya tu? Mana la tahu kot minta sedekah lagi macam yang DAP buat masa nak ikat jamin Guan Eng sebanyak RM1 juta tu.

Betapa kesiannya Guan Eng apabila dia menjelaskan bahawa dia kini tak mampu untuk bersalaman dengan orang ramai dengan menggunakan tangan kanan kerana sakit pembedahan, jadi dia kata boleh salam guna tangan kiri je. Haha! Ingatkan nak kata tak boleh bekerja sebab tangan sakit dan perlu ambil cuti.

“Saya ingin jelaskan bahawa jari kelingking saya ada sedikit masalah ligamen dan tulang.

“Semalam saya pergi membuat pembedahan kecil dan perkara ini telah dapat diatasi.

“Tentu buat masa ini saya boleh salam dengan tangan kiri dan bukan dengan tangan kanan,” katanya.

Agak korang lakonan baru Guan Eng ni berjaya meraih simpati dan undi rakyat Pulau Pinang tak?? Berpura-pura macam sakit teruk dan hampir nak mati, padahal sakit jari kelingking je. Yang hairannya jari kelingking yang sakit tapi balutannya tu sampai ke siku. Kahkahkahkah! Pandai betul tokong ni berlakon ye!

Sepatutnya Gua Eng ni boleh tercalon dalam Anugerah Pelakon Lelaki Paling Popular dan Gomez tidak terkejut kalau Guan Eng dinobatkan sebagai pemenang, sebab dia ni memang ada bakat berlakon. Tambah-tambah kalau bab nak raih simpati dan undi penyokong. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *