Tokong Penang Mengaku Jual Tanah Rakyat Tanpa Tender Terbuka

18/05/2017 – Sejak parti rasis dan cauvinis DAP mengambil alih untuk memerintah negeri Pulau Pinang yang sebelum ini Barisan Nasional (BN), banyak perubahan yang dilakukan sehingga menimbulkan tidak puas hati di kalangan rakyat negeri Pulau Mutiara itu.

Meskipun banyak pembangunan dilakukan, namun kebanyakkan tindakan itu hanya memberi kesan buruk kepada rakyat. Apabila didesak memberi penjelasan bagi setiap masalah yang mereka timbulkan, kerajaan DAP Pulau Pinang terutama Ketua Menterinya Lim Guan Eng pasti akan mengelak.

Begitu juga dengan isu ini di mana kerajaan negeri sebelum ini didesak pelbagai pihak antaranya pertubuhan bukan kerajaan (NGO, Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant), untuk menjelaskan kontroversi mengenai tanah rakyat seluas kira-kira tiga hektar di Lebuh Raya Peel yang didakwa sudah terlepas ke tangan pemaju.

Menurut Penasihat Chant, Yan Lee, pihaknya dimaklumkan mengenai candangan projek pembangunan komersial di tanah itu, namun mendapati tiada hebahan awam dibuat kerajaan negeri sedangkan tanah tersebut merupakan tanah milik rakyat.

Malah Yan Lee juga mendesak Guan Eng mendedahkan harga pelepasan tanah itu memandangkan lokasinya di kawasan strategik iaitu di tengah-tengah pusat bandar dengan harga sekaki persegi boleh mencecah RM1,000.

Ekoran kontroversi ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini dibidas banyak pihak kerana didakwa mengambil pendekatan menjual tanah milik kerajaan negeri kepada pemaju untuk dibangunkan projek komersial dalam mengaut keuntungan segera dan berlipat kali ganda.

Setelah lama membisu tanpa memberi penjelasan mengenai perkara itu, Guan Eng yang juga merangkap Setiausaha Agung DAP hari ini akhirnya buka mulut mengenai kontroversi itu.

Ketua Menteri itu mengesahkan tanah itu sudah diberi pajakan jangka panjang dengan nilai RM156 juta. Malah Guan Eng juga mengesahkan perjanjian dengan Island Hospital Sdn. Bhd. bagi pembinaan hospital swasta tersebut tidak dibuat menerusi tender terbuka.

Katanya, Projek mega Island Hospital di Lebuh Raya Peel di Pulau Pinang tidak tertakluk kepada sistem tender terbuka kerana ia dianggap sama seperti pelaburan asing.

“Perjanjian itu dimeterai tahun lalu dengan premium tanah RM30 juta sudah dibayar sebagai deposit.

“Negeri ini merasakan, oleh kerana ditawarkan pelaburan besar daripada sebuah syarikat bereputasi baik, kami melayannya seperti pelaburan asing, kerana terdapat juga wang asing disuntik untuk projek ini.

“Pelaburan ini sama seperti syarikat multinasional seperti Intel dan banyak lagi, tidak banyak dapat masuk dengan pelaburan RM2 bilion.

“Kita tidak dapat buat pengumuman sendiri, pelabur akan mencari masa yang sesuai untuk lakukannya dan ia dijadual hari ini,” kata Guan Eng. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *