Tokong Penang Sedang “Main Belakang” Dengan Orang Melayu Pulau Pinang

16/05/17 – Kerajaan DAP Pulau Pinang kini sedang melaksanakan agenda membeli maruah orang melayu dengan bersandirwara, kononnya DAP dilihat sebagai anti-Cina kerana lebih mementingkan kebajikan dan kepentingan orang Melayu di negeri tersebut.

Ehhhh, helloooo… Meskipun benar kalau DAP disifatkan sebagai anti-Cina kerana lebih pentingkan orang Melayu, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan yang membawa maksud agama Islam dan melayu perlu diutamakan di negara ini.

Jadi kaum Cina dan India tidak ada hak untuk mempertikaikan keistimewaan orang Melayu dan sudah menjadi kewajipan DAP Pulau Pinang untuk mengutamakan golongan tersebut. Tapi sebenarnya Gomez rasa kaum Cina tak pernah pertikai pun pasal keistimewaan orang Melayu.

Sebab dorang dah sedia maklum perkara itu semenjak merdeka kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa yang menjadi punca sekarang ini adalah sikap DAP yang sengaja mencipta api kemarahan kaum Cina supaya dengki dengan kelebihan orang Melayu.

DAP cuba membangkitkan isu ini bagi mengelirukan rakyat, seterusnya menyebabkan ketegangan antara kaum dan agama. Tak cukup dengan itu, DAP sampai nak masuk campur dalam soal wang Zakat dan Baitulmal.

Tambah melampau apabila Tokong Penang, Lim Guan Eng sedang “main belakang” dengan orang Melayu Pulau Pinang dengan mendakwa kononnya peruntukan Hal Ehwal Islam di negeri tersebut naik 100 peratus sejak 2008.

Hahahah! Pembohongan apa ni?? Kebenarannya peruntukan untuk negeri telah naik setiap tahun tapi malangnya peratusan kepada hal ehwal Islam sebenarnya menurun tahun demi tahun. Jadi kat mana yang naik 100 peratus tu??

Selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) Persekutuan yang baik hati dan tidak abaikan Pulau Pinang dari segi pembangunan Syiar Islam dengan membelanjakan sebanyak RM462.1juta dari tahun 2008 hingga 2016.

Ini menunjukkan bahawa secara puratanya sebanyak RM57.7juta setahun telah dipruntukkan untuk Pulau Pinang, jauh berbeza dengan apa yang dilakukan DAP negeri tu. Jadi mana kata-kata Guan Eng kononnya dia lebih pentingkan orang Melayu dan Islam lebih pada Cina??

Guan Eng ni sebenarnya hanya main wayang dengan menampakkan kerajaan DAP tidak sehaluan dengan masyarakat Cina, tujuannya hanyalah untuk membangkitkan kemarahan orang Cina kepada umat Islam.

Dalam masa yang sama, Guan Eng sedang berusaha untuk meraih sokongan orang Islam dan Melayu kepada DAP di seluruh Malaysia. Nak acah-acah kononnya orang Melayu akan berpendapat bahawa DAP lebih memahami Islam dari UMNO.

Haha! Baik korang hati-hati sikit dengan iblis DAP dan Tokong Guan Eng ni, sebab dia sebenarnya sedang cuba untuk beli sokongan orang Melayu dengan penipuan dan wang ringgit.

Tak cukup dengan itu, Guan Eng cuba untuk menyemai kemarahan dan dendam kepada Islam dan Melayu supaya kita semua boleh sentiasa berpecah dan bergaduh untuk memastikan DAP kekal sebagai parti politik.

Lepas DAP gagal untuk mempergunakan PAS sebagai patung boneka untuk dapatkan sokongan orang melayu, kini dia terpaksa turun padang sendiri dan jalankan tugas untuk beli maruah orang melayu dan Islam. – TiraGomez/UtaraNews.com