Tun Mahathir Akan Terus Burukkan Nama Malaysia Di Peringkat Antarabangsa

Oleh Lim Sian See

“Oman tidak mempunyai tanah pertanian yang besar seperti Malaysia, tetapi ia mempunyai kawasan batu dan pantai yang sangat indah yang jauh lebih baik daripada kita (Malaysia). Malaysia bukanlah destinasi pelancongan yang menarik, tetapi dalam Oman anda mempunyai banyak istana-istana,” kata Dr Mahathir dalam satu forum antarabangsa di Oman semalam (9 Mei 2017) seperti yang dilaporkan oleh akhbar Oman.

Pada tahun 2015, pelancongan merupakan penyumbang pelaburan swasta yang kedua tertinggi pada RM24.5 bilion dan penyumbang PNK ketiga terbesar pada RM67.1 bilion.

Pada tahun 2014, industri ini membawa masuk pelaburan sebanyak RM19.4 bilion, dan lebih hebat lagi, ia telah menyumbang sejumlah 1.77 juta pekerjaan (13 peratus daripada jumlah pekerjaan).

Sejak tahun lalu, pelancongan telah mula meningkat di Malaysia – menjana lebih banyak wang dan pekerjaan bagi kita kerana Kerajaan kita telah bekerja keras untuk menaik taraf dan mempromosikan negara ini.

Semestinya orang tua itu akan memburuk-burukkan usaha pelancongan Malaysia di peringkat antarabangsa semasa di negara asing.

Padanya, selagi kepentingan anak-anak dan kroni-kroninya masih belum terjamin, selagi itulah Malaysia buruk dari segala aspek.

Diam lah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *