Umrah Secara Persendirian Salah Di Sisi Undang-Undang Arab Saudi

18/05/2017 – Baru-baru ini, mula menjadi bualan orang ramai adalah melakukan umrah secara persendirian. Pelaksanaan umrah secara persendirian ini dikatakan hanya memerlukan kos rendah berbanding mengambil pakej umrah syarikat pengendali umrah.

Namun begitu, pelaksanaan umrah persendirian ini dikatakan adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Kerajaan Arab Saudi.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata.

“Kerajaan Arab Saudi mewajibkan jemaah yang berada di Tanah Suci berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah yang sah atau lebih dikenali sebagai muassasah.

“Ada pihak yang berkongsi pengalaman kejayaan mereka mengerjakan umrah secara DIY terutama melalui media sosial,” katanya.

Mana-mana individu yang didapati melakukan umrah persendirian boleh ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Bagaimanapun, kementerian mengingatkan pelancong yang dikategorikan sebagai Pengembara Bebas (FIT) tidak terpakai bagi tujuan umrah,” katanya. – MissA/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *