Wan Azizah Patut Malu Bila Mahathir Tak Pernah Minta Maaf Pada Keluarga Anwar

17/05/17 – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya berasa malu kerana Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu dan tidak akan meminta maaf kepada keluarganya.

Perkara ini berkenaan dengan tindakan Mahathir yang menghumban suami Wan Azizah iaitu Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 tahun yang lalu.

Namun begitu sehingga kini masih tiada sebarang permohonan maaf mahupun secebis perkataan maaf dan menyesal keluar dari mulut Mahathir. Bagi Wan Azizah, hampir minta maaf sudah cukup baginya untuk ‘memaafkan Mahathir’ dari segala perbuatannya sebelum ini.

Wan Azizah menganggap bahawa tindakan Mahathir yang mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan sudah cukup baginya untuk menganggap bahawa Mahathir sudah minta maaf bagi pihak keluarganya dan juga bagi pihak keluarga Anwar.

Lihatlah betapa murahnya maruah Wan Azizah dan Anwar Ibrahim kerana sanggup melupakan kekejaman Mahathir terhadap Anwar. Tergamak butakan mata demi kepentingan politik, setelah mendapatkan kerjasama daripada Mahathir.

Sedar atau tidak Mahathir sebenarnya bersetuju untuk bekerjasama hanya kerana mahu memenuhi agendanya sahaja, jadi tak hairan la kenapa hingga sekarang Mahathir tak pernah nak minta maaf sebab humban Anwar ke penjara.

Hampir mengaku salah dan sudah datang bekerjasama dengan pakatan pembangkang, bagi Wan Azizah itu sudah cukup untuk sembuhkan luka dihatinya.

Wan Azizah terpaksa pasrah dan menerima ‘permohonan maaf sebegitu’ kerana Mahathir sebelum ini telah menegaskan bahawa dia sesekali tidak akan membuat permohonan maaf kepada Anwar.

Bagi Wan Azizah, beliau tidak lagi perlukan permohonan maaf daripada Mahathir kerana menganggap Mahathir sudah ‘kalah’ disebabkan beliau sendiri yang datang kepada mereka dan memohon untuk menjalinkan hubungan politik.

Tindakan Wan Azizah itu jelas menunjukkan bahawa beliau tiada harga kerana memaafkan pihak yang melakukan kekejaman kepada suaminya, walaupun Mahathir berkeras untuk tidak memohon maaf. Tak malu ke Wan Azizah ni??

Wan Azizah seperti terhegeh-hegeh dan bangga apabila Mahathir datang untuk menjalinkan kerjasama, padahal Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM) itu jelas mengemis simpati Pakatan Pembangkang ekoran ada agenda peribadi yang mahu dijayakannya dan bukannya ikhlas untuk bekerjasama. – TiraGomez/UtaraNews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *